BEN ASHAARI

Thursday, December 29, 2011

GULAI SIPUT SEDAP.....RIUH SEKAMPUNG!!

rsz_dsc_1267
Siput sedut...anda pandai makan?...pandai memasaknya?...Pada mat memasak siput sedut mudah cuma proses dia agak cerewet, siput perlu dicuci bersih, kerat hujungnya, cuci lagi dan toskan. Sehari sebelum dimasak, siput tadi kita tabur hampas kelapa bagi siput tu melalui proses penyucian bahan dalaman dia. Siput perlu dikerat hujungnya, dan anggarannya pula ialah 3 ruas dari atas, kerat gunakan pliers atau ragum. Kebiasaan nya siput sedut dimasak lemak bersama batang keladi, tapi ada juga yang tumis pedas dan digoreng kering macam tu. Ini terpulang dengan citarasa masing2. Ok....semak resipi..jomm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
1 keping asam gelugor
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
3/4 kunyit hidup
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput ditabur dengan hampas kelapa dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, cuci bersih dan kerat hujung siput tadi, anggarannya 3 ruas dari bahagian atas. Cuci kembali dan tos, masukkan ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus dan serai titik. Didihkan sekejap.
  2. Sementara itu batang keladi dibuat kulit luarnya, kerat pada saiz sederhana, cuci dan celur dalam air mendidih bergaram yang diletak asam gelugor, sekejap. Angkat dan toskan.
  3. Tuang santan cair dalam periuk siput tadi, kacau rata dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan juga batang keladi. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...

12 comments:

Isteri Encek Bard said...

baru sebut semalam batang keladi sedap klu ada siput sedut... waaaaaaaaa

Masya said...

hari isnin lepas baru makan mak mertua masak lemak mcm nilah.. siap ltk batang kadi...

Zurina Hj.Zainal said...

kalau saya, saya masak lemak cili api dgn keledek...bagi kuah tu pekat...yummiiiieee.....

minsal said...

Sedap lauk ni...Mula-mula belajaq makan memang payah nak sedut.

Sis-Lin said...

Alaaa Mat, klu masak tu kena letak asam keping eh? huhuhu ptut le aku punya x seriuh ko punya..

nnti aku letak asam la plk...

LiYa HaNiF :: said...

mak aiii sedapnya... nak buat malas... ada sesiapa nk bg sikit tak... hehhe

khairiah khaizu said...

Sedapnya..dah lama tak pekena...

Misz MariA said...

last monday baru buat..sy campur pisang 40 hari..hehe

Cik FaRiZaM said...

sedapnye kalau dpt makan sup di kala ujan kesejukan ....nyum nyuum

cik dila.. said...

xpenah try lagi siput sedut..nmpak cm sedap..huwaaa.

Ayda Abu Bakar said...

Salam che mat, anak murid nak tumpang tanya.. hampas kelapa tu utk apa ye? Mmg kena biarkan semalaman?

Blog Kiter said...

resepi sedap..sayang tak pandai sedut..heheh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.