BEN ASHAARI

Friday, December 16, 2011

GULAI PUCUK UBI BERKUPANG.

rsz_dsc_9955
Salam semua...santap dah ke? Apa menu anda ni hari?. mesti lah sesuatu yang sedap kan. Atas permintaan big boss, mat masak lagi menu berprofile tinggi. Gulai pucuk ubi dengan kupang, hmm orang Johor ni kan tak habis2 kupang lah, kerang lah..benda makan tau nak yang sedapp je, kalau tak sedap. terus takmo dah...huhu. Betulll, nak2 orang lama, tak sedap mereka kata tak sedap, nasib nko lah nak sentap ke tak...walaupun nampak biadap dan kasar, tapi sekurang2nya mereka tak plastik....betul tak. Abah mat suka makan masakan macam ni, tapi masa dia muda2 dulu, dia tak suka masak2 lemak, lauk dia mudah, tumis air dan ikan masin, sambal belacan pulak dia kurang sebab pedas katanya, bila usia meningkat ni saja dia suka makan masak lemak. Mat seperti biasa, masak je lahh. Masa untuk semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANYA :-)
2 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
3/4 cawan isi kupang
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
6 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi direbus hingga lembut, tos, cuci dengan air sejuk, perah dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, kupang dan bahan kisar halus, kacau rata dan masukkan santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugor. Masak sekejap.
  2. Bila pucuk ubi lembut, tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

7 comments:

Tihara said...

hii..sedapnyer kupang,lain dari yang lain resepi ni..bese nye kite letak udang.. :):)

Ayu said...

memang sedap gulai pucuk ubi & kupang che mat ni..akak pun suka sanagat dah berapa kali akak masak gunakan recipe che mat ler..heheh..oh akak dah cuba bunga kucai berdaging ala thai che mat tu ..sedap ..thanks ya che mat..

Ummi said...

Sedapnya...penah makan, tp jarang2 sgt masak kupang nih...hehehe, sbb senang jumpa kat kedai makan...alasan baiiik kan.. :)

kakchik@ella said...

Gulai pucuk ubi dgn bilis penah dgr .. kupang belum lagi. Waaaa .. nangis la tgk cik mat ari2 masak best2 camni.

Tina Othman said...

alahai sedapnya, selalu kawankan dgn daging klu gulai pucuk ubi ni

gadisBunga said...

pucuk ubi sedap...tapi saya takleh makan, sebab nanti angin.... :D

ROZILA said...

Salam Mat,

biasa masak lemak pucuk ubi dgn ikan bilis...

dgn kupang belum pernah masak lagi
nanti nak cubalah...

minggu lepas,masak kupang rebus perasa tom yam...
serai,daun limau purut, daun ketumbar...sedap juga.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.