BEN ASHAARI

Thursday, December 15, 2011

GERANG ASAM NYONYA..

rsz_dsc_9896
Salam semuaa..apa kaba, baru dapat masukkan entri, maklumlah sejak2 ni sibuk sikit, erkk, ehem ehem, sibuk biasa2 jee, sampai stress pun ada..haa sebab projek ke?..Tak lah, yang tu ok jee, ni sebab pekara2 yang biasa. Malam ni nak share satu masakan orang2 peranakan. Masak gerang asam atau kurang lebih ala2 asam pedas lah senang cerita. Kali ni guna ikan tenggiri dan sawi jeruk, bab sawi jeruk tu boleh diganti dengan bendi, terung atau juga tomato. Masakan gerang asam orang pranakan ni sedikit berbeza, dia dah di fusionkan mengikut selera mereka dan secara tak langsung menjadikan ia identiti masakan pranakan. Bahan utama mesti lah belacan, buah keras dan bawang merah. Mereka jarang guna bawang besar dalam masakan, pilihan lebih pada bawang merah kecil, mungkin sebab rasanya lebih manis.

SINGGAH KLEBANG UNTUK BERKELAH,
BERBEKAL NASI DAN LAUK PERIA,
GERANG ASAM MASAKNYA MUDAH,
CUKUP SYARAT SEMPURNALAH IA

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping hirisan ikan tenggiri, cuci dan toskan
4 kelopak sawi jeruk, potong dan rendam
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
2 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci belacan
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serai hingga harum. Masuk cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan jus asam jawa dan sawi jeruk (tos dan perah). Masukkan ikan dan masak dengan api sederhana. Perasakan dengan kiub ikan bilis (jika guna), daun limau purut, garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan atau biar 3-4 jam untuk mendapat rasa yang lebih enak.

8 comments:

JIJI YU said...

bendi ngn terung kan die jadi cam..belengas gitu

Mat Gebu said...

@ jiji - jangan letak semua, kalau guna bendi, juts bendi saja, kalau terung pun mcm tu...bendi pilih yang kontot, jadi tak payah kerat..

Tihara said...

sedap nya..selera je tengok ni :)

Kalamhati said...

haaa baru minggu lepas tgk chef florence msk gerang asam ni kat masterchef..=)

**nak tau tak?everytime tgk masterchef malaysia,KH selalu terbayang kalau Che Mat yang masak dalam tu..mesti best kan?hihi

Healthy..Beauty..Success and Happy with ME..^_^ said...

Assalam..matgebu, nak email boleh?..saya nak tabya sesuatu..:)

Healthy..Beauty..Success and Happy with ME..^_^ said...

Assalam..matgebu, nak email boleh?..saya nak tabya sesuatu..:)

Twiggy said...

oh..my...god...nampak sedap giler... crap laa, whyy am i so hopeless in the kitchen!

Airin said...

Tgk mangkuk pun dah teruja.... cantik. Mana nak cari satu? Nak satu aje. (Kes obses mangkuk)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.