BEN ASHAARI

Monday, December 19, 2011

CEKODOK JAGUNG BERUDANG..

rsz_dsc_0179
Assalammualaikum, salam semua. Semalam mat menerima kunjugan waris2 belah ayahanda, mereka hadir untuk menjemput ke majlis perkhawinan, hmm, takde apa mat saji kan hanya ala kadar, sebab mereka pun datang mendadak tanpa memberitahu dahulu, jika terkurang mat minta maaf.Entri kali ni sepatutnya mat letak semalam, tapi keadaan tak mengizinkan, mat mengejar masa, lepas tu tegok dah tengah malam, hmm takkan nak letak entri cekodok di tengah malam, nampak macam tak bess pulak <---kalau dah malas, alasan macam2..kannn ^_^. Mat pun sebenarnya blurr nak masak apa, tapi sebab bahan2 tu ada, jadi bila kita telek2 dan datanglah idea. Memasak ni memang macam tu, ada bahan baru muncul idea, kalau tak macam terpinga2...

rsz_dsc_0225
Cekodok jagung ni dah biasa kan, ramai orang buat. Teringat mat dengan teman sorang ni, alah anda mesti kenal, nama dia makin naik sekarang ni, budak Media Prima, sapa lagi kalau bukan Ady Budika, dia pun ada buat cucur jagung dulu kat sini... Tapi sori, guaa nya lagi gedebance okeh dari luu nya..perghh tak hengat si mat tu, apa2 pun sebelum mecucur, mat nak pesan, berhati2 dapur, jangan kasi anak2 kecik melilau dekat dapur, kuali panas, minyak panas..bahaya..malang tak berbau kan, soo berhati2 okeh, jangan ambik mudah. Ok kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 cawan jagung dalam tin, asingkan airnya
1 biji telur
1 1/4 cawan (guna air dari tin jagung tadi dan tambah air biasa untuk dpt sukatan 1 1/4 cawan)
1 cekak kucai, hiris
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 genggam isi udang
1/2 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
Sos kegemaran untuk mencecah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan udang, kucai, jagung, bawang besar cili merah dan hijau. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa, gaul. Masukkan tepung, serbuk penaik dan kacau, tambah telur, kacau lagi.
  2. Masukan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Rejatkan sekejap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, sudu kan atau jemputkan adunan tadi dalam minyak panas, masak dengan api sederhana, buat 10 - 12 biji sekali buat, bergantung pada saiz kuali anda guna. Goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan, hingga siap.
  4. Hidangkan bersama sos kegemaran samada untuk sarapan atau minum petang.

13 comments:

simplyatie said...

salam abg mat gebu. lama dah x sempat2 nak tinggal komen kat sini...hujan lebat ni kalau dapatlah jemput2 abg mat gebu ni..pekena ngan kopi O memanglaa sedap

JIJI YU said...

gedebance tu apa

Kjee said...

tetiba teringin nak makan tapi kureng rajin lak nak buat.!!

Sya said...

kalo tengok n3 CMG memang terpegun...sebab dok tilik PML kat belakang tu...he

ahsfantasy24 said...

Menarik,
teringin nak merasa, hehe..

diana said...

nampak sedap..
teringin nya..
tapi malas nak masak..
ada ke orang jual cekodok ni..
nak beli..
hehehe

kakchik@ella said...

feveretttt

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedapnyer CM....

Junie Octovian said...

Mat...akak pun setuju dengan Sya...masuk sini nak tengok set PML Mat tu. Tapi petang ni nak mencucur jugalah. Ikut resepi Mat...letak jagung pulak.
Hisy! dah meliur...

mas saari said...

waaaaaaaaa...sedapnya! lapar terus ni..

Cikgu Fikri said...

sedapnyer..
cam tahu jerk fiq mmg tgh cari resepi cucur jagung..
insyaAllah nnti nk try..
thx yer... :)

Mohd Sukur Ibrahim said...

mak selalu buat!nyum nyum.....

aishah zaharin said...

cik mat, since cik mat selalu buat asam pedas, kalau buat cucur cicah asam pedas pun sedap tau. faveret ayah saya kalau bukak puasa. cuba la.. bestt!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.