BEN ASHAARI

Thursday, December 29, 2011

BUBUR PULUT HITAM DENGAN LONGAN..

rsz_dsc_1546
Mengantuk sekarang ni, ingat lepas tulis entri ni mat nak tidur lah.. Hari ni Khamis bonda dan abang long berpuasa, jadi masak lewat sikit. Samping tu mat buat juga bubur pulut hitam campur dengan buah longan. Pulut hitam kebiasaannya jika kita nak buat bubur, kena rendam semalaman, ini lebih memudahkan ia kembang masa proses merebus. Dan selalunya pulut direbus hingga "pecah perut" <-- istilah orang Johor) atau kembang. Baru diletak gula secukup rasa dan santan cair. Satu lagi wajib ada pati santan yang dicampur dengan sedikit garam, kemudiannya disudukan atas bubur pulut hitam tadi sebelum dimakan. Mat rasalah kan, bubur pulut hitam yang ada campur longan ni, lebih pada pengaruh orang peranakan baba nyonya. Sebab mereka kan suka buat pembaharuan sesuatu masakan sehingga ia menjadi identiti mereka pulak. Jom lihat resipi pulak..Entri pilhan DTS kali ini ---> di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam semalaman
1 tin longan
1 helai daun pandan
Air secukupnya
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan air*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Gula secukup rasa
700 ml santan cair
300 ml pati santan*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus beras pulut hitam hingga pecah perut (kembang). Masukkan daun pandan, air gula melaka, tuang longan bersama airnya sekali dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih, guna api sederhana.
  2. Rasa dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Bubur akan pekat bila sejuk dan boleh tambah sedikit air jika perlu.
  3. Ceduk bubur tadi dalam mangkuk sesuai, sudukan pati santan tadi atasnya dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Boleh dihidangkan sejuk atau suam..

12 comments:

aimie amalina said...

aduhai pakcik mat
ni mang peveret mimi :)

tapi pulut kat sabah ni selalu jmp yg hancur, mak selalu beli kat semenanjung bawa balik sini..baru comei pulutnye

tap seyes x penah lag ase dgn longan
cm unik je
ni nak terai ni :)

Citarasa Rinduan said...

cmg

mg lain dr yang lain, ayu tak terpikir pun.. thanks atas resepi..
lepas nie sure hari2 ayu boh longan dalam semua pengatku.. hahahha

Ummiakid @ lily said...

alahai...baru terdetik nak makan pulut hitam ni...terasa kat tekak dh ni...

Sunah Sakura said...

wah..tak pernah rasa ni!!

Tihara said...

salam Mat

bubur ni, bubur yang akak paling ske sejak kecik lagi tp org kat rumah tak ske bubur ni..so dah lama tak makan..

zaMir said...

Waaaa..mak saya rajin jugak buat nih...tapi beli pulut hitam nih bila time balik Arau je...beli kat Padang Besar...huhuhu....tiba2 tertelan air liur nih...tapi kan..tak pernah pulak letak longan tu...nak try la nnt..letak laici ke...hahaa...

PONDOK PONDOK KAYZA said...

bez mmg bez.

Najwa Sofwani said...

ak tersiksa, nakkkk!!!

kHaiRunNisSa iRnA said...

sedapnye...dulu2 kalau ibu buat bubur pulut itam ni suke amik pati santan tu pastu buat corak2 atas bubur ehehehe...

jom singgah teratak saya > http://ummijournal.blogspot.com/2011/12/download-ombak-rindu-full-movieyeay.html

Pembawa_Wacana said...

tq bang... bro adalah yang pertama yg tolong promote! :') saya dah buat entri pertama pasal tu...

Kata-kata hikmah untuk Jumaat ku...

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/12/preciouswords-for-my-jumaat-semulia.html

maszull said...

assalamualaikum CMG...sedap nyer pulut hitam tu buat minum ptg ni best gak kn...:)

Yuniey said...

hye..mat..
dari tadi sy teringhin nk makan pult hitam ni.. tp. xreti nk wat.. nak curi resepi mat bole ke?heheheh