BEN ASHAARI

Tuesday, December 27, 2011

ASAM TUMIS BATANG KELADI DAUN SELASIH

rsz_dsc_1069
Salam semua, hari dah Selasa tak berapa hari sangat dah tahun 2011 akan ditinggalkan. Mesti banyak kenangan suka duka..hmm, tahun 2012 ni kita tatau lah kan apa yang akan berlaku, moga semuanya selamat dan dilindungi Allah swt. Entri kali ni mat nak share satu masakan orang2 kampung. Sebenarnya mat masak semalam. Batang keladi saru sayur yang sering orang melayu kita guna dalam masakan, ada tu dimasak bersama siput sedut, dimasak gulai dan masak asam macam mat buat tu. Kali ni mat letak daun selasih, selalunya guna daun kunyit, tapi tu lah pokok kunyit kat rumah ni semua tidur, tak ank keluarkan daun. Kalau anda ada daun kunyit boleh letak dan daun selasih tu tak payah lah letak. Mat guna tulang ikan kurau masin yang masih berdaging sebagai rencah dia. Ini terpulang, nak guna ikan bilis pun boleh juga. Ok, resipi mudah ini seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi sayur, buang kulit, kerat pendek dan celur sekejap bersama 1 keping asam gelugor, toskan
6 ketul tulang ikan kurau masin bedaging, rendam
1 genggam daun selasih
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/2 camca teh serbuk kunyit

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
7 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
Sedikit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan masak sekejap lagi. Tuang air secukupnya, masukkan tulan ikan masin kurau (toskan) dan rebus sekejap.
  2. Masukkan asam gelugor dan batang keladi tadi. Masukkan daun selasih dan sedikit gula. Rasa dulu jika perlu, baru masukkan garam, jika letak awal dikhuatiri masakan akan masin kerana tulang ikan kurau itu sendiri mengandungi garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

8 comments:

Pembawa_Wacana said...

Dah lama tak makan sayur batang keladi..... nyum nyum~~


http://wacanaku2009.blogspot.com

shima wibowo said...

Ya Allah jadi mengidam gulai ni pulak...huhuhu mesti sedapp..

Mummy SaraAmani said...

SALAM CIK MAT... SEDAP NYER SAYUR NI KALAU MASAK DLM PANTANG SURE MERENYAM JER HEHEHE.. BY THE WAY, NK BITAU YG AYAH BLOGGER LEMON GRASS MENINGGAL DUNIA 24 DEC BARU NI... C MA KENAL KAN NGAN KAK MYNN LEMON GRASS TU?

JIJI YU said...

bila la nak rasa papa masak eh

mas saari said...

my favourite ni...
kena cari batang keladi ni, boleh masak this weekend! heheheee

maszull said...

assalamualaikum Abg Mat...sedapnya sayur keladi tu kn....dah lama x mkn sayur ni...:)

zaMir said...

waaaaaa...asam pedas tumis...sedapnyaaaa...klau letak ikan pari lg sedapppp...

Isteri Encek Bard said...

batang keladi klu ada siput sedut.. aduh terangkat