BEN ASHAARI

Thursday, November 17, 2011

SAMBAL TERUNG KASTURI..

rsz_dsc_6961
Salam malam semua, apa buat tuu...kira duit ke?..Waahh manyaknya, baik2 simpan ok, ni malam Jumaat takut ada toyol atau nama femes dia abang kontot botak..takutttnyaa!!. Oh yea pada adik yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR, tahniah yeaa. Malam ni pakcik mat..opss, pakcik mat pulak, nampak dah macam umur namplohlimataun pulak kan..haha, tah2 tak sampai usia tu, aku "gol" sudah...erkk..takdelah memain saja, tapi ajal maut ni sapa sangka, ni hari update blog bagai, tau2 esok tak de lah..huhu. Walau apa pun ketentuan Allah swt, terima sajalah, dah bahagian kita macam tu. Ok malam ni mat share satu resipi yang mat suka dan makan dengan nasi panas..perghh boleh pengsann >__< , kita semak resipi ye...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung bulat (terung kari)
Garam dan gula secukup rasa
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
3/4 senduk nasi cili kisar
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dikupas sedikit kulitnya, kemudian belah pada 10 bahagian untuk setiap biji dan rendam dalam air bergaram 10 minit, toskan. Panaskan minyak untuk goreng terendam, dan goreng terung tadi sekejap, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuh halus hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga garing, tambah garam dan gula secukup rasa, dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang sambal tadi atas terung dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan, jika suka perah lagi sedikit jus limau kasturi....Hidangkan panas..

14 comments:

Ummiakid @ lily said...

laporrr nengok resepi ni memalam cm...saya mmg suka terung masak sambal ni....

Mat Gebu said...

@ ummiakid - waaaa..sama lah kita, esok boleh cuba...

Mamamya said...

saya pun suka cmg...tp biasa buat guna terung yg panjang tu...x penah buat sambal terung guna terung bulat... :) sesekali kene cuba lah...

Iffah Afeefah said...

mati kite takley jangke hurmm

cik cek said...

Memalam singgah sini...sedap la pulak tgk menu terung ni...mesti sedap ni kan..:)

Yatie said...

sedapnyaaaaa...akak suka sangat terung, leh cuba guna terung bulat mcm ni...selalu guna yg panjang je...tq Che Mat berkongsi resepi..

Bulat said...

x suke makan terung tp bila dh nmpak sambal terung kasturi ni mmg akan ku try esok..hahaha

Kalamhati said...

KH suka terung kalu buat dalca..=)

Aswani said...

CMG: kenapa terung tu nak kena rendam air grm dulu? tq

Nina Mirza said...

Ooppss .... !! Terleleh air liur Nina. Menyelerakan sungguh~~~
simpankan sesudu dua yeaaa, Nina nk masak nasi jap. Hehehe . . .

mas saari said...

Mas memang suka terung yang dimasak sambal... kalau masak lain tu kurang sikit!

Amie said...

sedapnya....perut yang dah kenyang jadi lapar balik...hu hu huu

Oh Oeya said...

Pempelan ditenung boleh tak nampak pulak terung.. Oh! Tengok bahan2 baru tau.. terung bulat rupanya.. Ok ok.. ;-)

aimie amalina said...

ohhh
sambal terung yg sedapppp!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.