PENGAT LABU CHA-CHA..

rsz_dsc_7676
Salam malam semua, malam Jumaat kan..ehem ehem...lalalala...haha, alah releks, jangan koner pulak fikiran tu. Ok kalau tak cerita pun semua orang tau dah apa kebendanya dalam gambar tu kan. Mana yang tak pasti itu lah pengat labu, campur dengan bubur cha-cha dan biji sago. Ini benda biasa saja sebenarnya, mat pun pada asal, tak nak letak kat blog sebab benda koman sangat, tapi fikir2 balik, kesah apa kan, blog kita, bukan letak benda mendatangkan dosa. Kalau di Johor, pengat antara manisan yang sering dihidangkan masa bulan Ramadhan. Dan juga sebagai pemanis mulut. Ada pelbagai variasi pengat dan ada juga pengat yang di campur ubi kayu, keladi, keledek dan labu..meriahh, ala2 pengat sekampung macam tu. Penggunaan gula melaka antara yang sering digunapakai selain gula pasir dan wajib sangat ada daun pandan sebagai penambah aroma dan rasa. Santan tak boleh dipisahkan dengan pengat, tapi kalau ada yang nak test guna susu cair, takde masalah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis
100 gram bubur cha-cha
1 camca besar penuh biji sago, cuci dan toskan
100 gram gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan ditapis)
600 ml santan cair
300 ml pati santan
1 helai daun pandan, disimpul
Gula, jika perlu
1/3 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dikupas, kemudian didadu sederhana besar, cuci, tos dan bubur cha-cha direbus hingga lembut, toskan. Masukkan labu ke dalam periuk, tuang santan cair dan jika perlu tambah sedikit air. Masak hingga labu 1/2 empuk. Masukkan air gula dan daun pandan. Biar mendidih.
  2. Tambah biji sago dan bubur cha-cha tadi. Masak hingga sago kembang, tuang pati santan dan biar mendidih perlahan. Tambah secubit garam dan rasa, jika kurang manis boleh tambah sedikit lagi gula pasir, kacau dan masak dengan api kecil hingga labu empuk tapi tidak terlalu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Post a Comment

6 Comments

  1. kalau letak milo ok tak ? KEH KEH KEH

    ReplyDelete
  2. @ kek es - hahaha, boleh gak try...

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya labu itu febret ku....

    ReplyDelete
  4. Suke sgt dgn pengat tp en suami tu tak reti makan. Bukan susah pun kan, bukak mulut, kunyah2, telan. Tp gitu le.... Sbb dia tak reti mkn, takdele kite masak. Klu org lain masak, kite tompangle makan-pelepas rindu/gian dgn memengat :D

    ReplyDelete
  5. salam en mat - sedap nya pengat labu ni...Ya ALLAH sgt lama tak makan :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.