KENAPA MAT GEBU SUKA SUP AYAM...

rsz_dsc_7951
Salam malam semua. Mat masak sup ayam tadi, lepas tu rebus ketupat segera. Bonda berpuasa hari ni jadi mat masak petang, tengah hari tadi masak juga tapi amat2 simple cuma tumis air pucuk ranti dan tumis pucuk paku. Petang ni baru masak sup ayam, ayam pencen..kenapa ayam pencen?. Sebab ayam pencen ni rasa dia sedap, pejal dan daging tak mudah lerai, ia seakan2 rasa ayam kampung. Kalau kita panas kan banyak kalu pun dia masih ok, daging dia pun takdelah lembik macam daging ikan. Kenapa mat gebu suka sup ayam?...Kenapa?... Selain mudah dimasak, sup ayam pada mat satu masakan yang begitu versatile, makan dengan mi hoon, jadi mi hoon sup, makan dengan mi kuning, jadi mi sup, makan dengan ketupat dah jadi ala2 soto. Bonda mat cukup suka dengan sup ayam, sebab ia ringan dah tidak bersantan...

rsz_dsc_7957
Nampak meriah ke?..Ala ini biasa saja macam mat selalu masak. Resipi pun dah banyak kali letak, tah2 ada yang jemu. Kalau guna ayam kampung, lagi sedap, walaupun daging dia agak kurang. Biasanya kalau sup ayam, mat suka letak kentang, tapi disebabkan ada lobak merah, apa salahnya kita letak juga sebagai penambah perisa. Bila bercakap pasal sup, benda yang wajib ada mestilah daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng. Bawang goreng mat tak pernah beli yang siap dibuat, tapi buat sendiri, dan kalau nak tau anda boleh lihat di sini.. Sup ayam mat masak dalam periuk tekanan sebab ayam pencen, jika tanpa periuk tekanan, mungkin ia mengambil masa antara 1 1/2 - 2 jam, bergantung juga pada saiz ayam. Kalau periuk tekanan cuma mengambil masa 15 - 20 minit. Pstt...ada tutorial masak2 baik punya kat sini, tapi awas jangan pengsan yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen (anggaran 1.2 kg)
4 - 5 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap satu, rendam
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji, rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
Air secukupnya untuk merebus ayam
Garam secukup rasa
1 kiub ayam (optional)
1 batang kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
6 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 biji buah keras
1 1/2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 camca besar lada hitam biji
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, mi kuning atau mi hoon (atas pilihan anda)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, digoreng dan hiris (tak letak)
Sambal kicap (wajib)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah empat setiap sebiji dan rendam. Lobak merah dikupas potong berbaji pada saiz sederhana, dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis rempah tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau rata, masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam sedikit kecut. Tuang air secukupnya untuk merebus. Biar mendidih.
  3. Masukkan daun sup, bawang goreng dan kiub ayam (jika guna), masak hingga ayam empuk jika air kering, tambah dengan air panas. Bila empuk, masukkan kentang dan lobak merah (toskan), masak hingga lembut. Tambah garam secukup rasa. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan bersama mi atau nasi impit dan tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang, taugeh, bawang goreng dan sambal kicap. Hidangkan. Boleh juga dimakan begitu sahaja..

Post a Comment

8 Comments

  1. cik mattttttttttt
    ayu pun hari nie masak sop ayam hari ini, samalah boh kentang, ayam pencen, boh carrot gak.. ahaksss.

    selamat berbuka puasa buat mak yah

    ReplyDelete
  2. kite pun sama..
    dlm sebulan, berkali2 gak la masak sup ayam..
    sbb? sesuai dimakan begitu saja wpun tanpa nasik
    sbb dh ada ayam dan kentang dlm tu..heheheh..

    ReplyDelete
  3. cikmat...mmg sedap sup ayam...saya suka mkn ngan nasi impit n soon goreng..jd ala-ala soto gitu...sedap banget tuh!

    ReplyDelete
  4. Akak pun suka masak sup ayam sebab anak2 zaman skrg ni suka makan ayam berbanding ikan...

    ReplyDelete
  5. entri akak pun citer pasal ayam - tapi akak dah serender dgn menu ayam .... huhu

    ReplyDelete
  6. i like chicken soup too :)

    ~ enak dimakan begitu saja~

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.