DAGING DAN CENDAWAN TUMIS TOM YAM..

rsz_dsc_6360
Salam semua, selamat bertemu kembali, entri kali ni pun resipi biasa2 sahaja dan tidak sesuai bagi mereka yang tak gemar hidangan yang ada sedikit rasa masam2. Bagi mereka yang pantang makan daging, anda boleh ganti dengan udang atau pun hirisan daging ayam, kan kita yang buat dia bak kata Kak Jee sepatah. Ini resipi olahan dan rasanya pernah dah letak kat sini. Tapi macam mat kata dulu, setiap kali mat masak, bahan2 kelihatan sama tapi mungkin ada juga penambahan mengikut kesesuaian bahan2 masa itu. Masakan ini ada pengaruh Thai, selain penggunaan pes tomyam, mat letak juga jus limau kasturi, daun limau purut dan serai sebagai penambah rasa Sedap dimakan bersama nasi hangat.....kita lihat resipi, tapi sebelum tu, mat nak ucapkan selamat hari lahir pada mereka2 yang menyambut hari kelahiran ini hari, dan salah sorang ialah blogger ini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan
150 gram cendawan butang segar, belah dua
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi merah thai, belah 2
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 camca besar pes tomyam
1 camca besar sos tiram
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1/3 cawan air
1 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili padi pes tomyam dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan daging, gaul dan masak hingga daging kecut. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  2. Masukkan cendawan, bawang besar dan gula. Masak hingga pekat dan sedikit kering. Tambah sos ikan secukupnya dan masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.

Post a Comment

8 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.