BEN ASHAARI

Monday, November 28, 2011

BILA MAT GEBU MENGIDAM...TAK KIRA WAKTU..

rsz_dsc_7971
Ingat pompuan pregnen saja ke boleh mengidam...mat gebu kalau mengidam lagi maha dasat gilerr....kalau jam 3 pagi mengidam sesuatu, tu jam gak aku buat, kata orang2 tua dulu kala lahh, ni cerita saja yea jangan percaya okeh...konon ada satu family ni, dan masa tu malam. Salah sorang anak beliau nak minum air, tapi mak dia kata esok siaa luu minum, ni malam kasi lelap luu nya mata...kasi tidur. Lepas tu kan si emak ni bangun pi dapur..ntah macam mana dia nampak seko cengkerik merayap kat tepi botol air. Dia pun bunuh itu serangga..sekali kan..kan..kan dia nya anak sudah meninggal dunia tau....waaaaaaa...dah nanges macam nak pengsan..ropanya itu cengkerik konon2 roh anak dia pi cari air mau minomm...huhu tu siaa cerita guaa...erkk pesal pulak ala2 peranakan nya bahasa pulak ni...haha..tapi faham sudah lah kan...

rsz_dsc_8003
Berbalik pasal cerita tat strawberry ni, mat buat semalam petang, malas sebenarnya nak buat, tapi tekak nakk sangat, ala2 mengidam anak yang ke - 13 macam tu..kah kah kah, tapi sapa kesah, guaa yang buat kan..bukan suruh sesapa buatkan. Tapi mat tak guna short crust pastry tu semua, mat guna puff pastry, tapi yang saiz 7 x 7 tu (erkk, kalau tak silap lah, lupa mo ukur). Mat alas dalam tin tat yang base dia boleh tanggal tu, saiz 6 atau 7 inci mcm tu. Tapi sapu sedikit mentega pada tin, sebabnya puff pasty dia bukan macam shortcrust pastry, kang melekat, nayaa. Satu lagi, kalau nak dapat potongan lawa, tunggu custard dia sejuk, kalau masih ada suam2, tu macam dalam gambar jadinya..bersememeh..huhu, aku tak sabar dah semalam nak menelannya....Ok lah penat dah bercerita, rahang mulut pun rasa sengal dah nih, mat tulis resipi dia, tapi sebelum tu kita lihat ini dulu....terima kasihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping puff pastry bersaiz besar (7 inci x 7 inci)
Buah strawberry segar secukupnya
Apricot jem dicair kan sedikit untuk sapuan (mat guna piping jell)

BAHAN KASTARD :-)
2/3 cawan susu segar
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca penuh tepung kastard (mat guna jenama Bird's)
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser acuan tat yang dasarnya boleh ditanggalkan dengan sedikit mentega. Alas dengan puff pastry tadi dan tekan2 sedikit. Kemaskan tepi2nya, cucuk permukaannya dengan garfu, sapu dengan telur pada permukaanya dan bakar 25 minit hingga kuning keemasan. Keluar dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanilla dan mentega, kacau rata dan masak atas api perlahan dan dikacau selalu hingga kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan biar suam.
  3. Bila kastard hampir sejuk, tuang ke dalam kulit tat tadi, ratakan. Strawberry dicuci bersih dan lap kering dengan paper towel, belah dua dan susun atas kastard tadi mengikut kreativiti anda. Kemudian sapu dengan jem apricot atau piping jell atas nya. Biar sekejap dan hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Sebab mat nak cepat, mat guna puff pastry, kalau anda nak yang betul nya bole guna pastry seperti di sini. Bila betul2 sejuk kastard akan mengental dan tidakla seperti dalam gambar di atas yang meleleh bagai...grrr..tu kes tak sabar...Ok selamat mencuba untuk semua...

16 comments:

Iffah Afeefah said...

gemuk pastry kali ni

cm bese stoberi mengangam pcm..tringin nk wt

tp ade peach je ni

putERi-kAtEk said...

umah pcm ni kira macam pasaraya....sume ada

JIJI YU said...

cenggini rupenye pastry..

Syafiq Ahadin said...

untung bini suami pandai masak. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

terliur tgk.tak sangka CMG buat pas keluar status semalam.terbaek! nak contohi kerajinan anda tu

Junie Octovian said...

Mat...
Cantik sungguh tea set mu......

..ika itu aku.. said...

tringin gak nak buat tp tkut xjd..huhuhu

Juliet_iRa~" said...

sedapnyaaa..waa..

Amie said...

malas nak wat... tumpang makan sini ye che mat...

dZana said...

sedapnya cikmat.. mn nk cari pastry saiz besar tu..

Nur-nba said...

Semua yang terhidang dalam blog ni nampak sedap sangat.. Bilalah nak jadi serajin Cik Mat.. ;)

Nazura Naa said...

malam2 view pastry strawberry neh..mmg lapaaaaaa la kan..heeee..

Little Gurlz said...

nampak sedap je resipi nie..boleh cuba nie..

Kalamhati said...

salam che mat!lama tak mengonlinekan diri..harap pcm sihat2 selalu..=)

dayang Citra said...

Hebat betul Mat Gebu..entah bilalah boleh masak macam Mat Gebu..huhuhu

sehati dan sejiwa said...

Pagi2 buta mengidam.. tapi bahan2 sumer ada tuh..?? macam dapur masterchef daa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.