BEN ASHAARI

Tuesday, November 22, 2011

ACAR IKAN BEREMPAH KARI..

rsz_dsc_7394
Petang semua...mendung kan cuaca. Mana2 kawasan yang dinaiki air tu, mat harap berhati2 lah, terutaman anak2, malang ni tak berbau, kalau nak berlaku sekelip mata siaaa dah boleh. Hari ni selain masak babat lemak cili padi, mat ada jufga masak ikan, ala2 acar tapi ni fusion lah, ada campur cili dan sedikit serbuk kari. Kali ni stok timun takdak, jadi guna traffic light capsicum, mat suka capsicum 3 warna tu, rasa dia manis. Kali ni mat guna ikan selar. Sebenarnya beli 4 ekor, jadi dah masak 2, yang berbaki lagi 2 ni buat lah acar. Sekor ikan tu mat kerat 3. Masakan ni ringkas, mudah dan cepat dimasak. Tapi biarkan dulu beberapa jam baru dimakan, lagi sedap sebab dah bertambah mesra. Satu entri penting mat harus share dengan semua blogger, mana lau tau kat kot2 terjadi pada blog kita, tiba2 hilang....Hoo...macam mana tu?..Jangan risau, insya Allah boleh dapat kembali, ikuti cara2nya di blog ini.... Ok masa untuk resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan selar saiz besar
1/4 traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu besar
1 biji bawang besar, belah 8
3 ulas bawang putih, belah 2 setiap seulas
1 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
1 camca besar cili kisar
3/4 camca besr rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh biji sawi
1/4 cawan cuka makan (mat guna jenama Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kerat 3 setiap ekor, cuci bersih, toskan dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan tos, ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, panaskan. Masukk biji sawi dan goreng sekejap (berhati2 nanti dia meletop2). Tambah rempah tumis, halia, bawang putih, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga cili garing. Masukkan serbuk kari dan kacau rata, tuang sedikit air jika perlu. Tambah cuka makan dan masukkan gula secukup rasa (anggaran 2 camca besar). Masak hingga pekat.
  3. Tambah trafficlight capsicum dan gaul rata. Tambah ikan goreng, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya, jika suka manis boleh tambah gula. Masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

3 comments:

Luqman Hakim said...

wow, macam sedap luq suka ni, tapi apsal bawang banyak ngat..huhu luq tak suka bawang

Mat Gebu said...

@ luq - guna krestiviti anda, tak suka bawang boleh letak sikit, jangan terikat dengan resipi 100%, kalau anda bijak, anda pasti boleh..

* FAR * said...

wah nampak menyelerakan..
saya suka bawang.. sedap..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.