BEN ASHAARI

Sunday, October 9, 2011

TERIMA KASIH ENCHIK "EQBAL ZACK"....

rsz_dsc_2960(2)
Entri selingan kejap, mat terlebih dahulu nak minta maaf sebab blog tak sekatif dulu, keadaan tak mengizin kan sungguh. Tapi bukan lah tak berupdate langsung, cuma ikut keadaan, jika mengizinkan, insya Allah mat akan berusaha update seperti biasa. Tempoh hari blogger Ayu Citarasa datang ke rumah mat (terima kasih juga Ayu atas bingkisan anda), dia bawakkan bingkisan dari sorang blogger lelaki popular, hmm bujang lagi, so makcik2, ada anak dara boleh lah isi borang A/12 yea. Mat kenal blogger Eqbal ni dari blog jiran mat, Ben Ashaari...

rsz_dsc_3004
Wahhh....Almond London yang memang takde di London, i likee.!!..Tuuu dia, walaupun dapat lepas raya, mat suka dan sesuai lah sangat, kueh raya mat gebu pun licin dah. Almond London ni sedap okeh, walaupun aku ni baker's, tapi serius cakap almond london ada kelainan, satu hal lagi, besarrr, makan 2 biji kenyang dah (tapi aku makan 5 biji!!..boleh?). Terima kasih sekali lagi Enchik Eqbal Zack atas pemberian anda ini...Moga Allah memberkati dan dipermudahkan segala urusan....Kalau anda nak tempah Almond London sedap ni, boleh tanya pada Enchik Eqbal samada diblog beliau di sini atau FB beliau di sini....

MASAK KARI KEPALA IKAN,
UNTUK SANTAPAN RAKAN-RAKAN.
TERIMA KASIH HAMBA UCAPKAN,
ATAS KENANGAN DAN PEMBERIAN....

6 comments:

far_east said...

woo dapat hadiah kuih raya tue? abg eq buat sendiri kerrr...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

bila raya dah habis la br lah semua kuih raya akan dicari kan..

eqbalzack said...

salam MG,
terima kasih MG atas entry ni. kuih almond london mak cik jijah ni bukan utk raya je. dia sentiassa buat.
eq baru order 2 balang lagi. budak2 tuisyen kat rumah ni suka sgt..
deepavali tak lama lagi ni pun dah ada org order...hehe

Zulfikar Hazri said...

mcm mana la rupa Almond namibia kan mat kan?

Scarlett O'Hara said...

Teringin nak buat sendiri Mat tapi tak reti!

Citarasa Rinduan said...

cikmat!!!!!!

ayu dah ada cdgnn nak tolong promotekan biskut makcik jijah nie kat area ayu..
mmg sedap kan?
lembut dan rangup..

besor2 ko

sama2 kembali

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.