SUP AYAM MI LAKSA..

rsz_dsc_2700
Selamat petang semua, dah makan ke?..Baru sempat nak masukkan entri..Ntah lah ikut kerajinan dan kesempatan...kalau ada, ada lahh..kalau takde, takde lah yea. Kali ni nak share santapan tengah hari tadi, yang biasa2 saja. Masa demam nak ok ni, tak berapa nak jalan lah nasi2 semua, kalau mi sup tu ok lagi, lambak kan sambal kicap cili padi, hambik...berpeluh2 makan, telinga semua keluar gas...kalau calit kan api, mesti biru kaler dia. Rasa mat resipi ni sama macam yang lepas2 juga. Mi tu terpulang pada anda, nak guna mi kuning boleh, mi laksa boleh, mi hoon ok, spaghetti pun tak boleh, pasta yang pelbagai bentuk tu pun tak jadi masalah. Mat sebenarnya masak sup ayam, jadi memang ngam lah kan makan dengan mi, ok mat tulis resipi dia, walaupun nampak berjela, hakikatnya semua main kisar, tumis sikit dan lebur dalam periuk, tak banyak karenah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, selalunya untuk sup potong kecil sedikit
5 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
1 pokok kecik daun sup, potong kasar
1 camca penuh daun sup
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup (optional)
1 1/3 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkeh

BAHAN LAIN :-)
Mi secukupnya (samada mi hoon, mi kuning atau mi laksa)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur)
Sambal kicap
3/4 camca besar lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panas minyak dalam periuk, masuk bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), daun sup, bawang goreng dan juga kiub ayam (jika guna), kacau rata dan biar masak hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak mi dalam mangkuk sesuai secukupnya. Tuang kuah sup bersama isi2nya sekali, tabur taugeh, hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup/daun bawang dan diakhiri dengan sambal kicap sebagai penyedap rasa. Hidangkan segera.....pengggsannn >__<

Post a Comment

8 Comments

  1. aduhaaaaaiii
    ptg2 niiii
    sedaaapnye dpt cm sotonihhh

    ReplyDelete
  2. sedap pulak tgk.mee laksa pun sedap.asik mee kuning je muak gak

    ReplyDelete
  3. The best thing about you CMG,is you never fail to amaze me.....huya..thank you,have a good day ahead and may Allah bless you always...huya.

    ReplyDelete
  4. The best thing about you CMG,is you never fail to amaze me.....huya..thank you,have a good day ahead and may Allah bless you always...huya.

    ReplyDelete
  5. syg PCM. cam tau2 je nadh tingin nak wat.. hihihihi :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.