BEN ASHAARI

Saturday, October 15, 2011

SUP AYAM KAMPUNG....JOMM MAKANN!!!

rsz_dsc_3527
Assalammualaikum, selamat petang semua. Hari ni tersibuk sikit, pagi tadi tak sempat nak tangkap gambar sarapan, tapi tu lah sarapan pun sempoi2 saja. Hari ni mat tak masak nasi, cuma masak sup ayam kampung dan makan dengan nasi impit atau mi hoon/mi kuning. Ni ala2 soto lah tapi berbeza sikit, kalau soto ada begedil, soo hoon goreng, kacang tanah dan daging ayam yang disiat2 kecil. Ayam kampung yang mat masak ni jenis cepat empuk. Dia bukan ayam kampung bebas, tapi jenis berkurung, jadi masa memasaknya lebih singkat. Dagingnya lebih lembut. Kalau ayam kampung lepas bebas, masa merebus lebih lama. Dan teringat mat Ustaz Wan Sohor Bani Leman pesan, kalau nak sembelih ayam kampung yang lepas bebas, kena kurung dulu 3 hari dan dibagi makan jagung, mungkin sebagai proses mensuci kan ayam tadi. Ok tu saja untuk kali ni..kita lihat resipi pulak, walaupun ulang tayang...tetap juga ni nak tulis....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung kurang lebih 1.5 kg
6 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 camca besar lada hitam
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, Mi kuning, Mi hoon
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng, hiris
Sambal kicap
Taughe, dicelur sekejap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya, kacau rata. Masukkan daun sup, dan bawang goreng serta kiub ayam (jika guna), biar mendidih dan biar pada api sederhana. Bila ayam 3/4 empuk, masukkan kentang dan bila kentang empuk tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan samada nasi impit, mi kuning atau mi hoon secukupnya dalam bekas sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu dan hidangkan bersama sambal kicap. Selamat mencuba..

11 comments:

rahel said...

Hauslah nampak sup ayam kampong...macam nak semangkuk je..

JIJI YU said...

gulppp..susah kot nak tangkap ayam kampung

YAYA AZURA said...

sedapnya...sup tu makan ngn roti pun sedap...
tak bela ayam...beli kat pasar je la..hihi.

YAYA AZURA said...

sedapnya...sup tu makan ngn roti pun sedap...
tak bela ayam...beli kat pasar je la..hihi.

Areliff said...

mcm soto ayam la...penah wat soto tak ? :)

bobiedanbad said...

sup ayam kampung memang terbaik dari ladang

Melati Qistyna's Mummy said...

Sedapkan hirup sup, nak2 time demam.... Hr ni pon Kita buat sup ayam buat Puteri yg demam.... Tp ayam x kampong la, x mcm CM.... :)

fRaMe+LenSeS said...

waahhh da rase lapar..

Niena Pengembara Ilahi said...

msa kekecik dlu slalu mkn ayam kmpung sbb bla sndirik.. tpi skang nie ayam kampung pn dh dok bandar...

HaSue said...

Ya Allah sedappnyaaa...masa dalam pantang aritu je makan ayam kampung puas2..dah x pantang ni mkn ayam bndr jelah..menu ari ni td pun sup ayam jugak..hehe

atie @ ejay said...

sedapnya soto..erk tp tak makan ayam kampung:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.