BEN ASHAARI

Tuesday, October 11, 2011

SESUAI UNTUK ORANG BUJANG.....

rsz_dsc_3209
Salam malam semua, entri penutup malam ni nak share 2 resipi mudah sesuai untuk orang bujang, tak berapa nak bujang, yang dah tak bujang serta bujang2 tua (erkk..ai baru tua sikit..haha boleh macam tu?). Kadang2 ada resipi yang mat rasa macam malas nak letak dalam blog. Tapi seperti mat pernah terangkan dalam banyak entri2 lepas, entri mat bukan tertumpu pada masakan2 yang utama, ia lebih bersifat masakan harian. Sebagai rujukan diri sendiri dan juga bagi mereka2 yang baru berjinak2 di dapur, atau mereka2 yang baru2 nak belajar masak. Bukan lah kata blog mat ni bagus sangat, tapi sekurang2nya dapat lah membantu tak sikit banyak. Mat takkan tulis benda2 macam ni jika tidak mendapat feedback dari mereka2, ada tu yang berada nun jauh di luar negara...syukur alhamdulillah kiranya DTS dapat berfungsi dengan baik....salah sorang Blogger "EII" yang berada nun jauh di Africa Selatan, blog beliau di sini....Terima kasih yea...

rsz_dsc_3216
Berbalik pada resipi untuk entri malam ni, yang atas tu cuma sardine yang mat masak kicap pedas, dan lagi satu ni, sejenis sayur kontan yang banyak tumbuh di kawasan2 lembap terutama di kawasan tanah gambut. Pucuk paku, sejenis sayuran yang pada mat cukup versatile , boleh digoreng, masak lemak, buat urap dan sebagainya, tapi tengok jenis juga, macam dalam gambar tu pucuk paku jenis merah, kalau pucuk paku perak baru sesuai untuk dibuat urap. Masakkan seperti ini sedaP dihidangkan panas bersama nasi yang juga panas..tambah lagi dengan sambal belacan dan ikan goreng....pengsann >___< tapi kan mat lagi pengsan tengok blogger ni nya resipi.....kat sini....

SARDINE KICAP PEDAS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sedang sardine cap Ayam (atau apa2 jenama pilihan anda)
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 camca besar penuh cili kisar
5 biji cili padi diketuk (atau 1 biji cili merah, hiris serong)
3 camca besar kicap manis
1 biji tomato, belah 6
Sedikit air
Sedikit sos ikan/kicap cair

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan sardine, kacau rata. Tambah kicap manis dan sedikit air. Masak sekejap.
  2. Masukkan leek (toskan) dan bawang besar. Kacau rata dan tambah tomato, rasa jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Kacau rata, matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat. Jika suka boleh tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...

PUCUK PAKU MERAH GORENG BELACAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah
1 genggam udang kecil (mat guna udang putih @ udang kertas)
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
1 inci belacan*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk paku diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan udang, kacau rata dan masak hingga udang bertukar warna. Tambah air dan biar mendidih.
  2. Masukkan pucuk paku tadi, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng....

8 comments:

Kalamhati said...

yg atas tu cukup menggiurkan..hehe
mmg sesuai utk org bujang..

Citarasa Rinduan said...

wow...........
walau nampak bujang, tapi sangat unik bila cmg yang masak..
i likeeee

Sunah Sakura said...

tau tak, ahkak azila derian from segamat pestime makan pucuk paku masa kat simunjan, sarawak hari tu...dan dia takut nak makan...sebab katanya tu paku pakis..hahaha...

Derus said...

nie mcm mknan utk sefamily..hehe..:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cik mat..uik sunah ckp org segamat saya terasa lak..mmg saya pun tak pernah mkn pucuk paku merah tu.pd saya pucuk paku tu meliar kat tepi jln...saya tau blh mkn tp tak pernah lg cuba mkn.dulu dgr org mkn pun ternganga molot!

JIJI YU said...

seb bek kita da kawen...

Ell said...

no, no, no.... thank YOU, Che Mat atas kerajinan memasak, menulis resipi untuk dikongsi dan terutama sekali melayan kami semua dgn sempurna.

Ell nak ingatkan Che Mat yg tiada resipi di dunia ni yg harus dipandang sebagai terlalu mudah atau simple atau tak perlu ditulis sebab pada Ell, semuanya berharga. Jadi walaupun ianya resipi cucur atau maggi, Ell masih menghargai semuanya.

Keep up the good work, Che Mat and God Bless! ^(^

Anna Zamal said...

pucuk paku merah tu rsanya blah utara panggil "pucuk midin" mmg sdp! mkck sy pnh cmpurkn dlm bubur lambuk,,,nyummmmm~

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.