BEN ASHAARI

Friday, October 28, 2011

SAMPAI BILA AKU NAK BERBLOG?....VERSI MAT GEBU..

rsz_dsc_4854
Salam malam semua, hmmm, petang ni tak masak apa2..penat..dan jemu dah tengok periuk2 tu semua, rasa nak rembat barang baru, tadi nampak periuk TEFAL macam mengancam juga, duit dia pun perghh mengancam..tapi apa lah sangat kalau ia dapat mengurangka ke stress an kita kala memasak dan bekerja di dapur..itu ibarat terapi..kalau orang kata membazir, apa mereka tau, kita yang menghadap dapur setiap hari. Walau bagaimana pun ikut lah keadaan kewangan dan keperluan... Berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya mat ternampak judul yang menarik dari blog Ben Ashaari....tergerak pulak mat nak menulis satu perihal "sampai bila aku nak berblog".... sebabnya mat pernah dapat soalan ni dulu, dari sesorang, tapi mat malas lah nak layan...sebab susah senang berblog ni hanya blogger yang punya blog saja yang tau.

Nampak gambar di atas tu, mat tangkap siang tadi, masa mat cuci2 pinggan, tiba2 mat nampak ada seekor anak serangga mentadak mentadu merayau di dedaun herba Basil mat. Menarik dan mat ambik gambar dia untuk diguna kalau ada entri yang sesuai. Rasa mat entri ni sesuai..kenapa?.Anda perhatikan serangga kecil itu. Hmm, sebenarnya blog DTS-MAT GEBU sama lah kecil dengan serangga tersebut. Walaupun blog nampak tua, tapi hakikatnya banyak lagi benda yang belum kita terokai... Macam serangga kecil di daun tu, dia akan berjalan perlahan dari daun ke daun sambil memerhatikan keunikkan setiap helaianya..walaupun pada mata kasar kita nampak sama, tapi tidak pada dia... Jadi soalan sampai bila nak berblog tu, takde jawapan, yang pasti selagi Allah kurniakan kesihatan, ketajaman akal fikiran, kudrat dan usia, insya Allah blog akan hidup..walaupun jika aku tiada lagi, blog tetap akan ada "roh" ku di sini... Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

15 comments:

kakchik@ella said...

Sapa cakap blog cik mat kecik? Blog cik mat ni bertaraf "WORLD" tau. Jutaan penduduk dunia gunakan blog cik mat ni sebagai rujukan main masak-masak.

Blog cik mat dikenali di seluruh dunia cik mat. Percayalahhhhhh ..

Iffah Afeefah said...

Npe sedih je mlm ni hurm

Sis-Lin said...

Hurmm blog aku lagilahhhhh..huhuhu

Sampai bila ek Mat kita ni nak berblog? ermmmmm

aimie amalina said...

blog pakcik mat sgt superb okeh!
sejak tawu pasal blog ni
dr bende yg x tawu byk juga mimi tawu pasal masakan ni

tapi betullah ckp pakcik mat
hanya Allah yg mengetahui perjalanan kita dlm blog kan =]

mdah2an masih ada ruang utk kita menaip lagi..

teruskan mencooking2 lagi pakcik mat!
saya nak bace!=]

Jaisya said...

As Salam Mat, thanks so much for sharing this blog. Akak dah try banyak resipi2 masakan, kek etc yang sedap2 dan semua menjadi kerana Mat yang tak lokek ilmu. Semoga Allah berkati dan berikan yang terbaik untuk Mat. Amin! Jangan serik berblog... Your efforts are appreciated and much needed by amateur cook like me.

..ika itu aku.. said...

ayat uncle Mat best..
tp blog uncle Mat lagi best!! =)

macam pelik je ayat ika..huhu

Fazlinil Irma said...

cik mat..
bg sy cik mat dan blogger masakan lain ni ibarat guru bagi kami yg nak belajar memasak. sama mcm cikgu yg menghadapi kerenah anak murid.

cik mat pun menghadapi kerenah blogger yg mcm2 perangai.

cik mat selagi cik mat terdaya berkongsi resepi. kongsilah.

jika tak pun. resepi yg ada ni pun sy tak habis lg cuba. tak terkejar. :)

semoga apa yg cik mat kongsikan (ilmu masakan) ni dapat jd saham utk cik mat di akhirat. insyaallah.

ehh.. panjangnya komen. hihii.

Chah said...

Cik Mat, sejak saya kenal mesra ngan cik mat..wahhh gedik plak introku ini.. bila nk stat masak, atau apa2 yg berkait dgn masak2..mesti dlm kepala terlintas DTS ni,, even nk cari apa2 resepipun, saya akan cari kt blog cik mat dulu...byk resepi yg x penah dengar, nama bahan etc byk yg saya dpt dr sini..

jgn benti yer..yer..yer...selo melo cm mentadak mentadu tu tkpe, janji konsisten... idooopp DTS!

*oversss

Zamri A. said...

Sampai bila nk berblog? Betul tu.. Selagi Tuhan kasi kudrat dan idea yg still mencurah2, selagi tu akan ttetap berblog (walaupun kengkadang rasa nk berenti terus dr menulis tetap ada...huhu).

Ann Huda (Ate) said...

Ate org baru dalam dunia blog, lamaaa tenggelam kejab timbul. Sungguh begitu Ate tetap sayang pd blog Ate walau kdg merapu tah apa-apa. Kerana Ate berpegang pd satu prinsip, blog adalah salah satu cara utk menebar kebaikan.

Berkongsi resepi spt DTS merupakan suatu manfaat bagi bnyk 'perut-perut umat' dan secara tak langsung mengeratkan ukhuwah dan kasih sayang diantara ahli keluarga dan sahabat handai. Membantu org lain berjimat dengan masak di rumah atau mungkin juga membantu menjana pendapatan orang yg mencuba resepi Che Mat sehingga berjaya menjadikan ia nya suatu bisnis dlm bidang makanan. Bnyk mana manfaat @ kebaikan yg telah kita tebar, mkg kita tidak tahu. Tapi kita tentu berharap ia nya menjadi sebahagian dari amal yang di hitung Allah. Sehingga setelah kita meninggal dunia pun, selagi ada org yg menbaca blog kita dan memperolehi kebaikan @ manfaat dari nya, selagi itu ia menjadi amal yg berterusan & membantu menambahkan beratnya pahala kita.

Teruslah berblog sehingga ke akhir hayat (boleh begitu?? :))

norinaomar said...

kau sumber inspirasi semua cececehhh..

perasaan ups n down tu normal lah CMG..yang penting niat ikhlas dan memberi bantuan kepada yang lain..tak ternilai tu!

Wattie said...

Salam Cik Mat,
Sy antara yg meminati blog Cik Mat, dulu, kini dan selamanya..... tks Cik Mat...

Ummi said...

Emmm...soklan tu sepatutnya Mat tanya kat akak laaaa...bukan pada diri mu...hehee..Ben jauh sekali la, dia xleh stop, nnt bangun pagi ngigau..hehe, paling tidak Ben Jr yang sambung kaan... Mat, ada jgk ank sedara bongsu tu, Mat Gebu Jr leh sambung...hahahhaa

misTeaRed said...

ermmm...berblog smpi letrik da padam, stop la..hehhehe...;)

fRaMe+LenSeS said...

Nadh sokong PCM. :D wat y terbaik ya.. :D