BEN ASHAARI

Thursday, October 6, 2011

SAMBAL TUMIS KERANG DENGAN PETAI..

rsz_dsc_2723(2)
Salam...buat apa tu, dah siap makan?, Entri kali ni nak share satu menu ringkas, tapi sungguh menyelerakan. Sambal tumis kerang dengan petai..hmm, sedap kan. Tapi sekarang ni petai pun dah mahal, mungkin tak musim agaknya. Kalau tak iyea2 malas nak beli, kalau yang pregnen tu, dah teringin sangat, toksah fikir pasal duit, beli je, lagi pun bukan nak makan banyak sangat. Mat masak ni atas permintaan bonda, lagi pun bahan2 dah ada, tinggal masak saja. Bila memasak, perancangan juga amat2 perlu, bukan orang bekerja secara formal saja perlu perancangan, kita didapur juga perlu dan ini akan lebih menyenangkan kita kelak. Satu lagi bila dah teratur maka tak delah tertinggal bahan2 masa nak guna nanti...wahh betul ke aku yang tulis tu....rasa hairan tiba2, hehe. Ok lah semak resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi kerang
2 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah jus asam jawa dan kacau rata. Masak hingga pekat sedikit.
  2. Masukkan kerang dan petai, tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

9 comments:

Amie said...

selamat petang mat,
kami belum lunch lagi ni.... datang sini dapat hidangan sambal tumis kerang petai pulak....adeehhhh terlupa bawa nasi putih mat... nak balik rumah ambil dulu.

kakchik@ella said...

Fuiyoooo .. mengancam dan terancam rasanya.

Sunah Sakura said...

abg ady suka ni..

Ummi said...

Abg rimau suka jugak nii....hehehhe

Oh Oeya said...

Tuuu diaaa.. ngencess u

Mas said...

perhhh..meleleh air liur tau....
ngancammmmm...

Chegu said...

Ni kalo pkena dgn nasi lemak... Tu dia, mak mertua lalu pun tak perasan.

Tp ptg2 sejuk mcm, kalau goreng ubi, cecah sambal tumis ni pun... Ppeerrrrggghhh... Air liuq da mleleh ni

JIJI YU said...

papa makan tak belut

Cik Bambam said...

feberettttttttttttttttttt~!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.