BEN ASHAARI

Tuesday, October 18, 2011

ROTI TELUR ISTIMEWA.....SESUAI SEMUA WAKTU

rsz_dsc_3778
Salam malam semua, hmm entri terakhir di hari Selasa. Sebenarnya mat but pagi tadi untuk sarapan dan nak up di blog sekitar jam 10 pagi, tapi tak terbuat. Takpe mat letak malam dan hingga esok pagi ianya masih releven. Kadang2kan dunia blog ini penuh misteri. Siapa2 sahaja boleh berblog. Ada yang berblog dengan tujuan tertentu. Tengok blog politik, mereka berblog untuk menyampaikan mesej tersendiri, kesah yang mereka tulis benar2 sahih atau tidak,kita pun tak pasti. Jadi tak banyak sedikit benda2 macam ini akan mempengaruhi minda pembaca. Apa2 info kalau nak kita tulis diblog pastikan ia sahih dan dari sumber2 yang jitu. Blog resipi pun sama...tak banyak beza, sebab kita menulis untuk berkongsi dengan mereka2 yang memerlukan..Jadi kena berhati2..... ^___^

rsz_dsc_3784
Berbalik pada entri ini, mat buat roti telur biasa cuma ada penambahan bahan2. Dan mat guna roti pound berserat (whole wheat). Mat hiris tebal sikit dan kalau nak potong roti, gunakan pisau mata gergagi atau omputeh panggil shredded knife. Ia akan menghasilkan potongan yang lebih kemas, lagi2 roti berserat, teksturenya agak kasar. Roti telur ini sedap dimakan bersama sos seribu pulau atau sos cili. Hmm, rasanya itu saja kot coretan untuk entri terakhir Selasa...mat tulis resipi dia, nanti boleh cuba.. Blog pilihan DTS malam ni --> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti whole wheat (mat beli jenis roti pound dan hiris 1 inci tebal)
2 biji telur
2 camca besar susu segar
2 batang jejari ketam, hiris halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
3 pokok kuchai, hiris halus
Secubit garam
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
Minyak zaitun untuk menggoreng
Sos pilihan (mat guna sos seribu pulau @ thousand island)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos seribu pulau dan roti. Kacau rata dengan garfu. Ketepikan. Alih bancuhan telur tadi dalam bekas besar sedikit.
  2. Panaskan 1 camca besar minyak zaitun dalam non-stick pan. Ambil 1 keping roti, celop ke dua2 bahagian roti tadi dalam telur, letak dalam pan. Ceduk sebahagian 1/2 bahagian bahan dalam telur tadi dan letak atas roti, ratakan. Bila bahagian bawah kelihatan garing, berhati2 terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi garing, angkat dan toskan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki roti dan bancuhan telur tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...hidangkan panas....Selamat mencuba..

14 comments:

Ezzah Aziz said...

TQ cik Mat...esok ada idea nak buat makan pagi..

Lysha said...

Gee..CMG..U r making me fat ok...but thanks a million..huya huya huya.

Yatie said...

uwaaaa..menu ringkas tapi menyelerakan..mesti anak akak Talhah nak cuba resepi ni...tq Che Mat...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam che mat,terus rasa lapar tengok roti ni.

nyna amani said...

Habis diet tengok nie.. Meleleh air liur.

YAYA AZURA said...

boleh buat untuk sarapan..
insya Allah yaya cuba...

JIJI YU said...

salu wat tak cantik cam ni..ahaha.

Ms Ef Abas said...

Lebih kurang sama macam french toast tapi ada bawang, kucai dan jejari ketam. Budak2 suka ni tapi kena kecualikan bawang dan kucai sebab mereka tak suka :(

definitely will do this (during weekend).

Oh Oeya said...

Wah! Suker! Suker!

~@yusleeping~ said...

ayu nk try la bwt nanti...nmpk sedap sgt!!

Niena Pengembara Ilahi said...

mabeles

Nina Mirza said...

TQvm CMG .... i like !!!
menu yg sgt ringkas dan sgt menyelerakan lagi berkhasiat for my kids.
Harus cuba nie ..... !!! i

Isteri Encek Bard said...

huhuhuhu mesti sedap nie

aimie amalina said...

ya ampunnnn
mudah jeeee
nyum2
dapnye
nk tryla pagi esok
hehehehee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.