BEN ASHAARI

Monday, October 17, 2011

PUFF SERUNDING AYAM....

rsz_dsc_3677
Salam petang semua, hmm, apa eks nak tulis, punya lah bengap ni hari, dari pagi tadi nak update, tapi blurr..no idea, bahan ada, tapi tatau nak buat kata2 aluan, rasa macam terpaksa dan plastik jee, dan sehinggalah masa tak mengizinkan hingga sekarang ni baru ada sedikit ruang masa. Hari ni mat saja2 nak habiskan baki pastry. Tapi tulah sebab ianya terletak bawah sekali dalam freezer dan telah ditindih dengan beberapa benda berat, teksture pastry pun kurang cantik. Dari membazir kan mat pun oterlah jadikan sesuatu. Semalam mat plan nak buat tapi ada sebab2 tertentu yang menggagalkan perancangan aku. Kita kan hanya merancang, kalau ditakdirkan tak jadi, nak kata apa.....

rsz_dsc_3686
Sebenatnya ini ala2 puff pastry jenis besar tu, tapi pada anda mat syorkan guna puff pastry jenama KAWAN yang saiz 4 inci x 4 inci tu untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap dan menawan. Buat dia senang amat sangat, dan mat guna inti serunding daging ayam permberian saudara mat. Baki yang mat buat swissroll serunding ayam tempoh hari di sini... Ada berbaki lagi tu, mat plan nanti nak buat quiche serunding ayam pulak..tunggu eks, tapi tatau bila lah. Serunding tu nampak kering tapi bila kena panas ia sedikit lembap, bergantung pada jenis serunding rasanya. Apa2 pun ini cuma idea, terpulang pada anda hendal meletak apa inti sekali pun sama ada tuna, sardine atau rendang, tepuk dada tanya selera....kita semak resipi mudah sangat ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 keping puff pastry jenama kawan
Serunding daging ayam secukupnya (yang ni beli ready made)
1 biji telur, dipukul sedikit, untuk disapu
Bijan secukupnya
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambi sekeping puff pasrty, biar pada suhu sederhana, jangan biar lembut sangat, nanti susah untuk melipat. Letak serunding ayam pada tengah bahagian pastry, lipat dua dan tekan tepi2nya dengan garfu. Cucuk2 sedikit permukaan dan alih dalam dulang pembakar. Buat kaedah sama pada baki bahan2.
  2. Sapu kuning telur dan taburkan bijan. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan dan hidang bersama sos kegemaran...

8 comments:

aDisH.sHidA said...

shida suka puff....tp ntah bila la nak wat tatau...


perrrrrrrrrrgh makan dengan sos seribu pulau.....

Sari Yusa Ibrahim said...

nampak penyek sikit, kena tindih ya, CMG??? tapi tetap nampak sedapppp!!

bloghok said...

WACHAAAAAAAAAAAAAA

Kalamhati said...

perrgghhh pengsan tgk!sedapnyeee

Wanita Mutalib said...

nak cuba yeay!!

laskar pelangi said...

aiyokkkkk! terliurrrr laaaa.....=.= walau baru lepas makan..masih terliur...uhuk3

penaGlow said...

Mat, rasa kalau diolah masok kentang ok tak?? kentang yg dh siap dadu & digoreng..?? Or any advise?

**byk serunding dlm peti hikmat tu... :)

JIJI YU said...

kureng le papa..jiji tak makan serunding..ehee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.