PANCAKE KENTANG....SESUAI SARAPAN.

rsz_dsc_3461
Salam pagi Jumaat...eh dah tak berapa nak pagi dah...Apa khabar semua, sihat ke?..Mat ok dah, sihat sedia kala kot, tapi tatau lah sampai bila. Mood pun dah makin ok. Terima kasih pada mereka2 yang memberi komen positif untuk entri "Biarlah sederhana dan manfaat" semalam.. Itu lah apa yang ada dalam isi hati mat. hmmm, bukan nak meraih simpati atau menunjukkan yang kita ni baik sangat, tapi sebenarnya tujuan asal berblog memang mat nak macam tu. Hari ni mat share satu resipi derhaka..Lama dah tak derhaka resipi, rasa rindu pulak. Derhaka tu bukan lah kita mengubah asal kejadian sesuatu tu, cuma mengolah dan tanpa menukar bahan2 asasnya. Mat pun sebenarnya galakkan semua orang mencuba sesuatu mengikut apa2 bahan yang ada dan citarasa sendiri. Apa yang kita masak tak semestinya orang lain suka. Cuma resipi sebagai panduan dan rujukan sahaja..tak lebih dari itu. Cuma mat ingatkan satu je, kalau derhaka tu jangan lah terlampau sangat, takut hasilnya bertukar jadi lain, jadi berhati2 ok....

rsz_dsc_3472
Pancake kentang kentang ni mat buat guna 1 biji kentang saiz sederhana dan guna non-stick pan saiz 4 inci. Menghasilkan 6 keping pancake yang gebu dan tembam. Sedap dimakan begitu saja atau bersama madu dan buah2an segar. Kalau nak makan dengan sos coklat pun ok. Rasanya sedap, tak manis, just nice and balance with fresh fruit and honey...perghh bahasa henggeris lagi, hahaha, pitammm keee?...Releks..tarik nafasss dalam2....dan hembus selow2 ok..jangan tarik nafas tapi tak hembus pulak..tu jadi cerita lain nanti. Sempena hari Jumaat yang mulia ni mat ajak lah anda semua melihat satu ciptaan Allah swt yang sungguh mengangum kan di sini ....Subhanallah maha suci Allah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kentang saiz sederhana kupas dan potong kecil
3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
3/4 cawan susu segar
1 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar baking powder
1/4 cawan gula halus
30 gram mentega, cair dan sejukkan
Secubit garam
Madu secukupnya*
Buah2an segar secukupnya*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang direbus hingga lembut, lecek halus dan masukkan ke dalam bekas. Satukan tepung, gula, telur dan garam, kacau rata dengan whisk dan masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dengan sedikit minyak, mat cuma lenser pan tadi dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak masak. Tuang adunan no 1 kurang lebih 1/3 cawan, dan masak dengan api kecil hingga permukaannya berbuih dan kelihatan sedikit kering. Mat tutup sekejap dengan tudung periuk kecil.
  3. Berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasa. Angkat dan buat kaedah sama pada baki adunan tadi hingga habis. Hidangkan bersama buah2an segar dan madu. Selamat mencuba untuk semua!!!

Post a Comment

21 Comments

  1. mak aihhh..terliur pulak nak wat pankek ni.terasa tak kekentangan nya CMG??

    ReplyDelete
  2. nangis2 tengok pankek comel n gebu en mat ni.. huaaaa! kat uma sewa ni makan biskut cecah air je pepagi ni. huuuuuu

    ReplyDelete
  3. sentap!! terus nk g cari pancake huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah CMat dah sihat.

    Tak penah buat pancake heheh..

    ReplyDelete
  5. tgk gamba pun dah meleleh air liur...

    ReplyDelete
  6. Kakak tengaok bukan sebarangan pancake ini. Hm... macam boleh buat nie:)

    ReplyDelete
  7. salam. Aduhai gebunya mcm empunya nama. esok i'll try for my family. tq CMG.

    ReplyDelete
  8. aloiiiii cantiknyer pancake tu....nice colour...

    ReplyDelete
  9. Halus n gebusnya ini pancake....dapat makan sekeping ni alangkah sedapnya...:D

    ReplyDelete
  10. mmmmm boleh cuba ni....anak dara i suke ni.

    ReplyDelete
  11. cik mat..
    ada lagi tak??
    ayu dapat sat lagi eik...

    ReplyDelete
  12. pencake kentang pekena dgn kiwi..
    meanarik..

    ReplyDelete
  13. halus mulusnya permukaan pancake kentang tu...jelesss akak tawwww..kalau dpt makan sekeping ni bestnya...

    ReplyDelete
  14. bila eq tgk gambar ni teringat kulit bayi yang lembut..hehe

    ReplyDelete
  15. alahai . . . GEBU yerrr !!!
    nak makan pun terasa sayang sangat, tak sanggup nak mencemarkan kegebuan pancakes CMG
    oucchhh .... !!! hehehe . .. .

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.