BEN ASHAARI

Tuesday, October 4, 2011

MENU RINGKAS TIGA SERANGKAI..

rsz_dsc_2317
Selamat tengah hari, dah makan. Nak sharelah sikit masakan ringkas tapi ini bukan mat masak hari ni yea, hari Sabtunya juadah, masa Kak Jee datang tu hari. Anda bayangkan berapa lemaunya mat, jarang sekali mat letak entri yang dah beberapa hari kan. Ok untuk kali ni mat tak tulis resipi, tapi mat akan link kan pada entri lepas, sebab ni semua masakan yang dah berpuluh kali mat ulang tayang..betul tak..jadi anda pun tak berapa kesah kan. Yang pertama kat atas tu ialah urap pucuk ubi kerang, mudah dibuat dan jika anda tak makan kerang, boleh ketak isi ikan kembong sebagai penambah rasa. Mat dari dulu memang sarankan kalau nak buat serunding atau urap, guna kelapa berkulit basah, sebab ianya lagi sedap dan tidak berhampas, tapi kan kalau dah darurat, kejam mata saja lah, guna kelapa yang ada sudah lah, dari kempunan..Ok resipi anda boleh klik sini.....

rsz_dsc_2326
Yang ni pun sama., typical kampung nya sayur. Kata Kak Jee, kalau kat Kolompo, RM 10 per kg, wahh mahal gak kan, kalau kat kampung2, dok bersepah tumbuh meliar. Ada unsur2 perubatan dan sedap dibuat ulam. Kalau dimasak dengan cili hijau dan ikan tamban pun sedap. Kalau buat gulai pun sedap, kalau masak Thai Green Curry, letak terung ni, sedaaaappp i tell u..terjongkit bibir kalau makan, tapi lepas tu turun balik leerr, takdelah terjongkit sampai 2-3 hati, tu kes lain dahh...Untuk yang ni pun mat tak tulis resipi, tapi mat link kan pada entri terdahulu yea..kat sini..

rsz_dsc_2331
Dan yang last ni, alah hai lagi lah semua orang tau, sayur campur atau chap chai, kira masakan paling mudah, ikut apa yang ada, masak sekali, dengan udang, kalau nak letak ayam pun ok, guna sos tiram dan 2-3 titik minyak bijan (optional). Lepas tu masak hingga sayur lembut tapi masih rangup. Kalau suka boleh pekatkan kuah dengan tepung jagung, tapi mat tak brapa suka. Resipi pun tak payah lah tuliskan...kalau anda juga skodeng resipi, kat sini ada....Setakat ni saja yea..Jumpa dalam entri akan datang..Salam sayang dari DTS-MAT GERU..


8 comments:

aimie amalina said...

nyum2
sume sedap
yg cm kerabu kat ats tu bole gune ikan kembong ye pakcik mat
heee
baru taw =]

WaniGhani said...

hikhik,...terangkat lidah..ni tgk menu CMG ni sambil telan2 air liur..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

menu lengkap..byk sayur2 bagus tuk diet seharian.

liemaopurut said...

baru pas lunch...tp tengok entri CMG..terrrrrlapo la plak...camno tu?? ;p

Sari Yusa Ibrahim said...

lauk2 mcm nilah yg buat bleh menambah nasi 2 3 kali.. burppp!!

Tihara said...

ringkas tpi meneyelerakan :)

Mas said...

tiga2 sedapppp...
terliur nengok ni....

JIJI YU said...

haha..papa..bila la dpt makan papa masak ni ek

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.