BEN ASHAARI

Monday, October 10, 2011

MASAK LEMAK NANGKA MUDA..

rsz_dsc_3142
Salam petang semua, mendung cuaca sekarang ni, dah lah mendung, musim penyakit pun yea. Kalau kat klinik penuh dengan orang yang kena demam, selsema dan sebagainya. Mat pun tak terkeculi, kena gak demam, pas tu diikuti sakit tekak dan selsema, sekarang ni batuk pulak, minta2 ini fasa terakhirlah, jangan kena sakit lain pulak lepas tu..letih wooo, tapi alhamdulillah dah beransur pulih. Kali ni nak share satu lagi typical nya lauk2 orang kampung. Masak lemak nangka muda. Kata bonda, ini lauk2 orang tua, sebab nangka muda kan bergetah, jadi nak menyiangnya selalu orang2 tua yang lakukan. hehe, sori..memang betul, mat mengaku lah, aku part2 siang nangka, pisang muda memang ada sikit tak berapa nak rajin, getah dia tu..kalau dah ready siap semua, kata je nak masak apa, i will do it for you..lalalalala...baiknya alasan kan. Kali ni seperti biasa, mat masak dengan tulang ikan kurau, tulang tu bukan lah takde daging langsung, ada, cuma sikit2 lah yang bersisa. Selalunya kalau guna tulang ikan kurau masin bahagian tengah, mat akak kerat2 pendek pada segmen2 si tulang tadi bila nak guna. Sebab sum-sum dia tu lah yang membuat kuah gulai atau masak lemak kita lebih berperisa. Kalau kita beli yang dah siap kerat, sum2 dia kering dah, jadi not nice... Erkk terpanjang pulak intro..ok ok semak resipi pulak.. Pstt jom singgah sini kejap..kasi lagi meriah dunia blog..Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda, buang kulit, potong dadu saiz sederhana dan rendam
7 - 8 keping tulang ikan kurau masin, cuci dan rendam
1 liter santan cair
400 ml pati santan
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 inci belacan
25 biji cili padi @ 4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan nangka ke dalam periuk (toskan). Masukkan serai titik, tulang ikan kurau , asam gelugor dan juga santan cair, kacau rata dan masak hingga menggelegak. Kecilkan api dan biar hingga nangka lembut, kalau kering, tuang sedikit air panas.
  2. Tuang santan pekat, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan masak dengan api sederhana. Biar mendidih perlahan dan kacau sekali sekala. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.

9 comments:

Zinnirah Humaira said...

sedapnya masak lemak, nyum nyum =)
ahaa..skrg musim demam, saya pun dah start batuk..uhuk3.

anymz said...

adeh matttt,tak larat nak tengok nangka muda tu..dah lama tak merasa.makan memang sedap tapi lepas tu siap lah bing bong perut kembung nak2 time hujan..tapi balun je mat kan?kembung perut belakang kira.yang penting selera kita.:)))
kdg2 kat bumi nismilan ni diorang gulai nangka muda dgn tetel.

Mat Gebu said...

@ zinnirah - kann, sekarang ni musim dema..huhu, saya dah ada peringkat akhir ni, baik batuk ni insya allagh sihat lah..

@ anymz - salam kak, kan, ada yang kalah, perut sebu, kalau nak letak lada hitam boleh juga, tak payah letak cili..hmmm, tapi masak lemak putih baru ngam kan dengan lada hitam...gulai dengan tetel tak yah koba lah kak, memang sodap bona..

Mas said...

aduhhhh,...pengsan dibuatnya tengok masak lemak nangka muda tu...
sedapppnya......

Mat Gebu said...

@ mas - kann..ada sambal belacan, ikan kembong goreng lembap2 tu, ulam petai...woww..penggsannnn >_<

Yatie said...

adoyaiiiii...tak tahan tngk lauk lemak nangka Che Mat ni...aritu akak baru masak nangka berempah resepi Mat, nampak gaya nak kena petik lagilah nangka kat tepi umah akak tu....nak menyiangnya tu yg malasss...huhuhuhu..

aimie amalina said...

haiyooooo\x taw la ape yg mimi x suke mkn
yg ni pon peveret gak nihhhh

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum w.b.t...
CMG.. datang jengok cikmat sbb nampak masak lemak nangka muda tu.. nani pun suka makan masak lemak nangka muda.. lagi2 kalau di gu kan ngan ikan masin.. walawehhh.. sedap wooo.. eheheh.. tapi untuk yang ade angin.. berangin.. yang suka sakit urat ni tak di galakkan.. cam nani lah.. kalau makan.. kejap je.. kang lengoh kaki tangan.. mmg betul2 kuat penangan nangka ni.. eheheh

Diyanazman said...

aduduuuu.. sedapnya nangka ni makan dengan nasik panas... tima acih Mat sebab bg inspirasi...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.