MASA KETAT.....SEMPAT MASAK YANG NI SAJA...

rsz_12dsc_4040
Selamat petang semua....masa ketat ni hari, baru dapat bersiaran sebentar tadi. Mat pun tak masak apa2, cuma masak seperti dalam gambar di atas tu. Tengok gambar saja tau dah kan apa menunya. Asam pedas jelah apa lagi. Kebetulan semalam abang mat yang no.2 balik bersama anak dara ku. Jadi menu feberet dia pun asam pedas, tu yang mat masak. Bila mat fikirkan, hari2 masuk masakan ulang tayang, mesti ada yang bosan, tapi mat tak boleh nak kata apa. Sebab utama mat selalu masukkan entri, tak kira ulang tayang ke, yang baru ke atau sebagainya, ialah kerana mat perlu berlaku adil pada jiran mat, Ben Ashaari...yelah mat tau ada ada yang rasa pelik kan, nama dia paling kerap mat sebut. Sebab kami berjiran dan saling bertukar2 feed (macam kat atas tu). Dalam keadaan ini, kita sendiri kena bersikap adil, dia sendiri update beberapa entri sehari, jadi kalau mat kurang update, macam tak adil pulak kan. Di sini bukan sebab traffic sahaja, tapi lebih pada sifat timbang rasa dan tanggungjawab DTS sebagai jiran. Juga untuk pengunjung2 setia blog DTS ini....hmmm harap anda faham yea. Ok kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan kerisi, siang, cuci bersih dan toskan
5 kelopak sawi jeruk, kerat pada saiz sederhana dan rendam
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
3/4 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca teh serbuK kunyit
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan serbuk kunyit dan masak sekejap. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan sawi jeruk (toskan), kacau dan tambah ikan. Tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih. Tambah bunga kantan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

Post a Comment

9 Comments

  1. peberet shida jugak....tp makan kuah je..isi nya tak..eh eh kenapa aritu xde sawi jeruk ek..hehehe

    ReplyDelete
  2. @ shida - erkk...takde eks...hmmm...lupa letak agaknya..

    ReplyDelete
  3. Fav tu CM, kalau tetiap minggu msk asam pedas pon buleh masuk tekak ni, sayor tu tuko2 skit, kdg boh bendi, kdg sawi jeruk bunga kantan pon menggiurkan.... Hehehe

    ReplyDelete
  4. asam pedas tetap menjadi faveret umi sebagai anak jati johor..dulu, kini dan selamanya...kat sini la selalu cuci mata, telan air liur

    ReplyDelete
  5. sedap tu asam pedas.... ya ampun Che Mat.... arini pun akak masak ikan kerisi, ingatkan nak masak asam pedas letak nenas tadi...tapi tukar plk jadi sup ikan kerisi..anak2 suka sangat...bila tngk asam pedas kegemaran akak ni, terliur di buatnya....smlm kita sama masak kari..uwaaaa best tu ada persamaan dngn sifuku....

    ReplyDelete
  6. hhhoooyeah!
    sgt suke ini asam pedaassss...

    ReplyDelete
  7. dah style ben..win win stuation kan..ehehee

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.