MAKANAN NOSTALGIA ORANG MELAYU...

rsz_dsc_3162
Salam malam, hmm, lapar lah, tekak ni kan kan payau, makan jeruk2 je yang sedap. Esok ingat nak buat sambal sardine lah. Tapi malam ni mat macam tersedap pulak makan bubur kacang durian dengan roti baton adik kepada roti perancis. Ehh ada durian pada masa tak musim durian?,,hmm mushkil nih. Sebenarnya durian tu kami frozenkan. Bila dapat durian, kupas dan terus masukkan dalam bekas bersih dan kering, serta merta simpan dalam freezer, insya Allah rasanya dan baunya masih sempurna. Walaupun ini entri sempoi dari blogger masak2 cikai, tapi pada mat ianya bermakna. Tapi kan kalau mat silap kata bubur kacang ni makanan nostalgia orang melayu, sila perbetulkan dengan cara berhemah, jangan lah maki kata "cibai" macam kes lempeng kelapa yang dulu tu...just use your brain okehh....bak kata Phu Chu Kang. Rasa mat tak payah kot letak resipi...boleh?..erkk kena letak ke, tapi ni semua orang tau bikin kan?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 liter santan
1/2 cawan gula merah*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 biji durian, ambik isinya (anggaran 10 ulas)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
Gula pasir secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (air dia anda agak2). Masukkan air gula, daun pandan dan durian, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tuang santan, tambah garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula pasir secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama roti atau biskut cream cracker dan bersama air teh tawar (tu mat lah yang minum, sebab bubur dah manis, jadi air teh biar tawar...)

Post a Comment

9 Comments

  1. salam CMG,

    lama sungguh tak pekena bubur kacang hijau plus durian ni..
    lagi sedap kalo makan sejuk2...owhh bahagia nye ihhihi

    ReplyDelete
  2. Salam CMG, bagai disahut2 tringin sangat kali ini ber-komentar diblog ini, salahkan (bergurau gitu!) kepada bubur kacang hijau berisi durian itu kerana Ratna begitu adore segala jenis bubur/pengat ber-durian, TerimaKasih segunung tinggi wahai CMG kerana mengembalikan nostalgia yang yummy itu!

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  3. salam Che Mat. Kjee dah tua bangka macam ni baru tau yang fresh durian boleh dibekukan. Thnx for the info.

    ReplyDelete
  4. Salam bro, terima kasih atas semangat. Komen Off Topix ek Sekadar ingin meminta pandangan. Adakah wajar sekiranya saya mengunakan resipi sendiri untuk sesuatu pertandingan? Resipi ni pulak tak pasti wujud atau tidak dalam dunia masakan. Buat Lime Sauce dengan rempah tumis...

    Lime sauce berasal dari mana?

    Terima kasih sekali lagi atas sokongan. Mintak kebenaran untuk rujuk dan menggunakan resipi yang ada kat Blog CMG sebagai persediaan sekiranya resipi yang tengah nak dicuba jadi ke tak jadi..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam, CMG. Mak saya pun selalu frozenkan durian, kadang sampai berkotak2 disimpannya, kalau teringin nak makan tu tak kiralah.. masih musim atau dah musim, buka jer satu kotak, senang kan.. kalau ngidam masa bkn musim, tak payahlah susah2 nak cari durian siam, hehe. Bubur kacang ni memang makanan nostalgia, tengok filem Pensel tak, Ruminah Sidek masak bubur kacang guna api kayu jer, lagi sedap.. tapi sy tak pernahlah try guna api kayu, karang sampai ke esok tak masak.. (pasal tak pandai nak hidupkan api kayu.. kih3!)

    ReplyDelete
  6. Salam. Love bubur kacang esp with durian. I thot, my mom jer yg tau buat durian frozen hehehe...

    Been following your blog lama dah :) Kalau sudi singgahlah my blog, baru je buat 1-2 hari lepas, just cerita biasa2 jer, menulis time boring...

    www.kisah-dan-kasih.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. SEDAP BUBUR KCG NI..TAPI SY X MAKAN DURIAN..RUGIKAN..HEHEHEHEE

    ReplyDelete
  8. SEDAP PAL TGK BUBUR KACANG CHE MAT NI..LAPAR JDNYER...MMG DULO2 ARWAH MAK SELALU BUAT BUBUR KACANG NI MAKAN DGN ROTI KERING TAPI LANI BILA SENDIRI YG BUAT XSEDAP SGT LA PLAK...NK TRY LA RESEPI CHE MAT MANA TAU KOT2 MENJADI PLAK SESEDAP MASAKAN ARWAH MAK..TQ CHE MAT

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.