LEMAK TEMPOYAK IKAN SUNGAI.

rsz_dsc_4824
Assalammualaikum, selamat petang semua...dah makan tengah hari?. Hari ni atas permintaan bonda, mat masak lemak tempoyak ikan air tawar. Pada yang tak makan, anda boleh ganti dengan ikan lain, jenis ikan laut. Dalam masakan ni mat guna beberapa jenis ikan sungai antaranya ikan putih, ikan temperas dan ikan seluang. Nak kick lagi, tambah pulak petai..memang pengsan lah. Di rumah mat, hanya mat dan bonda yang makan tempoyak. Jadi yang lain2 tu mat masak lauk sardine sahaja..senang kan, kat rumah mat ni nak ikutkan makan mudah tapi ada yang cerewet, abah mat wajib ada ikan masin, kalau tak nanti dia komplen..huhu, dan ada juga mereka yang tak makan petai dan tempoyak, tu pasal mat kena masak beberapa jenis masakan. Tapi orang2 Malaysia sekarang ni mereka dah boleh terima banyak jenis masakan bangsa lain, nampak harmoni sungguh macam kat sini...Ok kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram ikan air tawar (mat guna ikan putih, ikan temperas dan ikan seluang)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
700 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
50 biji cili padi kampung jenis hijau
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi disiang, perap dengan jus limau kasturi dan garam, kemudian cuci bersih dan toskan. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan santan cair, bahan kisar halus, tempoyak dan serai titik, kacau rata dan didihkan. Masuk asam gelugor dan petai, kacau rata.
  3. Masukkan ikan dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang disiat2. Masak dengan api perlahan hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Post a Comment

9 Comments

  1. Salam, CMG... saya makan semua, meh hantar sikit kat sini, hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap ni..tempoyak fav org pahang cam akak..hehe :)

    ReplyDelete
  3. ape2 yang tempoyak
    mimi sgt gileeeeee =]

    ReplyDelete
  4. teringat dulu kekcik sellau pi mancing sungai belakang umah, slelau dapat ikan air tawar ni, bawak balik ekr mak, suh mak goreng.. kekecik pon sodap.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Dlm peti es Kakchik ada Ikan Rohu, ada tempoyak, ada serai. Esok boleh la Kakchik buat lauk ni.

    ReplyDelete
  6. cemana CMG boleh dapat ikan sungai eh?senang ke nak dapat kat pasar?

    ReplyDelete
  7. @ sari yusa - wahh akak makan ikan sungai juga yea, kalau ikutkan ikan air tawar ni lagi segar, cuma ada yang tak tahan hanyir dia..

    @ tihara - betul2..feberet orang negeri 9 juga..kan...

    @ faiz - dah tentuuu..

    @ aimie amalina - yessss...setuju2.

    @ IEB - betul tu, kecik2 pun sedap gorang garing2..macam keropok.

    @ kak chik - boleh sangat kak, tapi ikan rohu tu tak payah goreng dulu kan rasanya..

    ReplyDelete
  8. @ norinaomar - yang ni abah pcm pi menjala kat sungai, semalam..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.