KITA SARAPAN DULUU........

rsz_dsc_3178
Selamat pagi semua, tau2 dah Selasa, pagi ni hujan, tapi bukan lah lebat sangat..hujan panas, kata orang2 tua zaman dulu kala, hujan panas ni petanda ada orang mati berbunuh..tu kata orang dulu, jangan percaya sangat. Kalau kita fikirkan kenapa orang dulu2 ni percaya sesuatu keadaan itu bersangkut paut dengan sesuatu peristiwa, ini kerana zaman dulu kala alat komunikasi agak kurang, pemikiran mereka juga kurang didedahkan, dan satu lagi mereka masih berpegang teguh dengan kepercayaan mistik (walaupun berugama Islam). Apa yang terjadi tu pun secara kebetulan sahaja.

rsz_dsc_3181
Pagi ni mat sarapan roti canai telur gulung dan orange juice..erkk dalam gambar air teh, tapi tulis minum orange juice...sajalah tu nak temberang. Betul, cuma kat sini mat letak lah air teh. Sebab resipi ni mudah kita lebihkan cerita sikit yea. Roti canai telur gulung ni buat dia mudah, guna instant prata jenama KAWAN tu saja. Lepas tu anda boleh lah nak makan dengan kuah kari ke, kuah gulai, sambal tumis atau makan macam tu sahaja, terpulang pada selera masing2. Oh yea dalam kesempatan ni, mat nak ucapkan tahniah juga pada sorang blogger ni kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir MasterChef Malaysia ..Tahniah Mr Jejai, blog beliau di sini dan juga pada yang lain.... Doa DTS-MAT GEBU moga anda semua berjaya...Insya Allah......Jomm sarapan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama KAWAN
2 biji telur
1 biji bawang besar, dadu kecil
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Sos kegemarana atau kuah kari/kuah gulai/sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, sapu sedikit minyak dan masak roti prata tadi hingga kekuningan pada kedua2 bahagaian, tapi jangan sampai garing nanti nak gulung dia pecah2. Ketepikan.
  2. Pecahkan satu biji telur dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian hirisan bawang, sedikit serbuk lada hitam, secubit garam dan kacau rata dengan garfu. Tuang dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. Ratakan telur tadi.
  3. Bila permukaannya kelihatan kental, letak sekeping roti prata, tekan2 sedikit dan biar telur masak, terbalikkan dan masak sekejap.
  4. Alih roti prata tadi ke dalam pinggan dan guling kemas2. Biar sekejap dan lakukan kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Hiris roti prata telur gulung tadi dan hidangkan bersama sos dan kuah gulai kegemaran anda...Selamat bersarapan semua..

Post a Comment

7 Comments

  1. salam CMG..
    kat taiping pun pagi nih hujan..
    dh lama tak pekena prata ...tgk cik mat wat..teringin plak nak makan..

    ReplyDelete
  2. CMG ni macam tau² jer...baru saya berangan nak buat...dok tengah skodeng resepi kat blog cm tetiba ada post baru pulak...

    ReplyDelete
  3. hehe.. ingat lagi pnah try buat prata gulung ni (ikut rsepi CMGlah). Tapi tak smpat gulung ngan telur pun, semua dah kelaparan, last2 jadilah telur dadar.. haha

    ReplyDelete
  4. Dah terlewat untuk wat sarapan. Buat minum petang je la.. :D

    ReplyDelete
  5. mohon utk copy gambar swt2 teko yg ada dlm blog nih....tersangatlah admirer dgn set2 ni

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.