KARI TUNA ALA SARDINE....

rsz_3dsc_4403
Malam menjelma, dan ini entri mat yang terakhir hari ni, hmmm....kalau orang tanya, CM u masih ketat, masih panas ke dalam hati pasal kes gambar tu...secara jujur, dalam hati mat masih ada sisa2 tak puas hati, geramm...ntahlah mungkin esok, ok lah kan, huhu kita tukar topik lain, malam ni mat nak share satu resipi yang menggunakan periuk tekanan. Anda kalau nak hasil macam ni, MESTI ada periuk tekanan atau pressure cooker, tu saja yang boleh mat kata, kalau tanya alternatif lain, memang mat minta maaf, sebab takde jawapan untuk itu. Sebenarnya periuk tekanan ni adalah satu keperluan, ianya berpuluh tahun sudah berada di pasaran. Teringat mat ada simpan surat khabar ulang cetak untuk hari merdeka 1957, dalam tu ada dah iklan periuk tekanan jenama "Prestige"....punya lah lama dari zaman dulu dah ada...Jadi jika kita berbicara perihal periuk tekanan pada zaman sekarang ni, ia bukan lah sesuatu yang modern...

rsz_1dsc_4432
Hari ni mat masak kari ikan tuna, atau nama Malaysia dia ikan tongkol. Mat masak selama 1 jam dalam dalam periuk tekanan menggunaan api paling kecil. Ikan akan kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2 ikan tadi lembut dan boleh dimakan, kiranya anak2 makan pun kita tak bimbang tercekik. Rasa ikan dia seperti sardine dan daging ikan dia tak hancur. Mat letak juga bendi, tapi yang tu letak last bdi sinila siap semua. Ok kita lihat resipi terakhir malam ni yea. Blog pilihan DTS --> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tuna@tongkol jenis putih
1 1/2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
Garam secukup rasa
8 batang bendi muda
1 biji tomato belah 6
2 keping asam gelugor
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3 camca besar rata rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's)*
1/3 cawan air*(*bancuh hingga jadi pes)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna, dikerat pada beberapa bahagian (mat kerat 5 untuk setiap seekor ikan, dan kepala ikan mat kerat juga) cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil. Masukkan gula melaka dan asam gelugor, masak sekejap.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml), kacau dan bila mendidih masukkan ikan tadi, tambah garam secukup rasa, santan, kacau rata dan tutup periuk tekanan tadi. Pasangkan injapnya. Bila periuk berdesir, kecil kan api pada tahap minima. Masak 1 jam.
  4. Bila cukup masa 1 jam, angkat PC tadi dan letak dalam sinki, lalukan air atas atasnya hingga hilang bunyi desiran. Buka periuk. masak kembali dan boleh masukkan bendi dan cili hijau/merah belah. Masak hingga bendi lembut. Akhir sekali masuk tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Post a Comment

12 Comments

  1. CMG...sardine pun buat dgn cara masak dalam pressurized cooker ke? sebab ada baca yang sardine boleh sebabkan kanser kerana bahan kimia digunakan sampai lembut tulang sardine tu. CMG ada pendapat? saya suka sardine tapi kalau penuh bahan kimia saya pun naik takut...

    ReplyDelete
  2. wow..sedap, selera mkn nasik ni..mak akk ada periuk tu..kalo but sup tulang,guna periuk tu,jadi empuk :)

    ReplyDelete
  3. makan dengan roti pun best jugak..

    ReplyDelete
  4. Dah cantik dah tu...boleh lawan dengan Nasi Dagang terus Mat.

    ReplyDelete
  5. muehehehe... slama nie niena tatau yg ikan tuna tu ikan tongkol @ ikan 'aya'... smlm makan ikan tuna masak rendang :D

    ReplyDelete
  6. cicah dgn roti pun sedap..

    samala dgn saya..
    dah kawin org ganu baru tau ikan tongkol/ikan kayu tu ikan aya.. arini ikan tuna pula.. moga tak keliru nama ikan lagi pasni..hehe

    ReplyDelete
  7. sy xsuke ikan tongkol..tp sy suke tgk ..nmpk cedap sgt..hehhee

    ReplyDelete
  8. ohhh
    kari ikan tongkol
    makan dgn nasi dagang mang kena =]

    ReplyDelete
  9. Lepas ni sya nak gi cari periuk tekanan jugalah. Bila CMG bg tips ni barulah sya memahaminya :-)

    From : mymekar.com

    ReplyDelete
  10. salam CMG,

    linda pun baru tau, tongkol = tuna. i love both, tapi ade orang tuna dia makan, tongkol takmo pandang. hahahah

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.