BEN ASHAARI

Sunday, October 23, 2011

JOMMM NGETEH.....

rsz_dsc_4350
Selamat pagi semua, dah sarapan? (uikk dekat tengah hari dahh!).. Pagi ni kita orang sarapan tuna sandwich saja, mudah bukan, semalam pun sarapan yang sama. Ada orang tak suka sangat benda2 macam ni, tapi mat gebu mana ada kesah, tak mo, alternatif lain ada, biskut pun ada, boleh cicah air kopi. Sandwich ni amat mudah, budak2 pun boleh buat. Anak2 ni kalau kita ajar lah benda2 asas, macam masak nasi, atau buat masakan2 mudah, nanti yang senang mereka juga. Zaman sekarang ni tak boleh ada fikiran sempit, anak lelaki tak boleh ajar masak2 ni semua, takut lah kan nanti jadi "in the middle"..huhu mindset orang kita memang dah dibajai dengan benda2 macam gitu dari dulu..anak lelaki pantang ke dapur, semua bebankan pada anak2 perempuan...lepas tu ada satu lagi, kata orang perempuan belajar setinggi mana pun last2 duduk diceruk dapur....tak releven dahh benda2 tu sekarang ni. Itu pandagan mat lah....tak setuju takpe...bukan mudah uruskan kerja dapur nihh....betul tak puan2 semua?...Blog pilihan DTS hari ni ialah ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
4 keping daun salad (mat guna "butterhead")
8 keping hirisan tomato
2 biji gherkin jeruk, hiris serong nipis
Sedikit hirisan gegelang bawang besar
2 keping keju chesdale
1 tin tuna in oil, toskan
2 camca besar mayonnaise
2 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuna dihancurkan, campur dengan mayonnaise dan perahan jus limau kasturi, kacau rata. Ambik sekeping roti, alas dengan 2 keping daun salad, letak sekeping keju, susun 4 keping tomato, sedikit gegelang bawang dan juga hirisan gherkin.
  2. Sudukan 2 camca besar bancuhan tuna, ratakan. Letak sekeping lagi roti atasnya, tekan sedikit. Buat kaedah sama pada baki bahan tadi. Hidangkan segera sebagai sarapan atau minum petang atau late nite supper (habislah gebu nanti!!)...

11 comments:

Sis-Lin said...

wooo bukan main lagi sandwich dia...laparrrr ni..tgh tggu masak makan lunch terussssss huhuhu

Mat Gebu said...

@ sis_linn - petang nanti entri rendang sotong pulak...lalaala

nurul nabila bt medan said...

sedap nyer ! lame tak buat sandwich..leh try resepi ni :D

Iffah Afeefah said...

Jommmmmm

Ucu Faridah said...

sedap medang ngan sandwich ni...

JIJI YU said...

nasib tak nampak gambar

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

wiuhuuuu.... ni yg da teliur ni... nk sikit ! >_<

nurul said...

hmm..sedapnya..apeni..hu2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer tgk menu CMg nih

saba said...

Salam perkenalan Mat..Akak rasa masakan yg Mat buat itu leh anak2 pratikkn..walaupun ia mudah pada kita tp anak2 boleh belajar. Syabas Mat dan teruskan berblog...

Isteri Encek Bard said...

lapo plak.. waa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.