BEN ASHAARI

Tuesday, October 25, 2011

GULAI NANGKA MUDA DENGAN AYAM...

rsz_dsc_4510
Petang semua, dah makan tengah hari?...Mat hari ni masak gulai nangka muda dengan ayam, masak atas permintaan. Mat guna ayam tua. Sebab ayam tua rasa dia lagi enak dan ada mirip2 rasa daging ayam kampung. Nangka muda tu pula dari kebun kami. Mat masak kurang lebih 1 kg isi nangka muda yang telah siap disiang (terima kasih pada bonda sebab menyiang nangka tadi). Mula2 plan nak masak kari berkerisik, tapi mat tukar resipi pada saat2 akhir. Biasalah kita yang buat dia kan, jadi tepuk dada tanya selera.....

rsz_dsc_4529
Mat masak ayam ni guna periuk tekanan, jadi bagi mereka2 yang ingin mencuba dan tiada periuk tekanan, boleh guna ayam muda. Di sini mat celur dulu nangka tu sekejap. Dalam resipi ini juga mat guna 5 batang serai dan daun limau purut, anda yang tak suka daun limau purut boleh diganti dengan daun kunyit. Satu lagi kaedah, anda ada 2 pilihan sama ada hendak menumis rempahnya dengan sedikit minyak atau terus rebus bersama2 ayam tadi, terpulang pada anda. Mat rebus terus rempah2 dengan ayam, sebab guna ayam tua, maka kena lah masak dulu dalam periuk tekanan selama 15 minit bagi dia empuk sempurna....kita liht resipi sekarang...Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap disiang, rendam
1 ekor ayam kerat 18 atau ikut suka
5 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
3 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca tej jintan kasar
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
30-35 biji cili padi (atau 5 biji cili merah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka di rebus hingga 1/2 empuk, toskan. Dalam periuk lain, satukan bahan kisar halus, serai dan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Masukkan santan cair dan air jika perlu, masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih hingga ayam 1/2 empuk.
  2. Masukkan nangka tadi bersama daun limau purut, asam gelugor, kacau rata. Bila nangka dan ayam empuk, tambah pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
  3. Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain. Lebih sedap jika dimakan keesokkan harinya...Selamat mencuba..

11 comments:

Iffah Afeefah said...

Ngke terbaikla

Sunah Sakura said...

saya tak makan lagi ni... T___T

JIJI YU said...

sunah tu konon je tak makan lagi

Sis-Lin said...

sedapnya...aku bt sambal toktok..klu dpt makan dgn gulai nangka ni ermm cedappnyaaaaa

shahrul said...

aarrghhh..
lapa...lapaaaaa....

Faz Abas said...

ini menu tetap setiap kali balik kampung mertua. buah nangka kait sendiri tepi rumah jer...

kakchik@ella said...

Ni yg maleh dtg sini ni cik mat. Sokmo telan air liur sendiri. Hihi.

Suejoshua said...

Sedapnyer...lapo!

ZalinZalina said...

Kak Ina terhutang budi kat blog Mat...sejak ada kafe ni blog Mat la tempat rujukan kak ina nak masak lauk pauk...kadang2 blur juga nak pelbagaikan menu...t.kasih banyak2 atas ilmu & resepi yang Mat tunjukkan...Allah saja yg dapat membalasnya :)

aimie amalina said...

gagagagaa
pevereeeettt jugak ni pakcik mat

cahya indah said...

memang tengah teringin makan gulain nangka muda macam ni..huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.