BEN ASHAARI

Thursday, October 13, 2011

ASAM TUMIS IKAN DENGAN NENAS..

rsz_dsc_3397
Salam tengah hari, dah makan?...Yang suri rumah pulak dah siap masak..menu apa lah agaknya tu. Hari ni mat masak satu menu yang simple dan cepat. Sesuai lah untuk orang2 berusia dan kurang sehat. Terutama yang baru baik demam macam mat ni. Sebenarnya dah pernah letak kat blog dulu resipi dia, tapi itu cerita dulu, yang ini mat baru masak sat tadi, jadi kita cerita yang baru pulak. Asam rebus tumis ni anda boleh guna ikan apa saja yang anda suka. Selalu mat nya feberet ikan kembong dan japanese mackarel tapi kali ni guna ikan tenggiri jenis kecik tu. Mat letak juga nenas sebagai pemanis dan juga "sayur"nya. Bunga kantan dan daun kunyit jangan lupa sebagai penambah aroma. Masakan ini selain dari deria rasa, deria bau dan pacaindera juga perlu kita jamu bagi membangkit kan selera..betul tak?..Ok bagi mereka2 yang nak mencuba, mat tulis resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana
1/2 biji nenas madu (mat guna nenas filipina)
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
3-4 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang dan kerat 3 bahagian untuk setiap ekor ikan, cuci bersih dan toskan. Nenas dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor, tumis hingga terbit minyak, guna api kecil. Tambah air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan nenas dan masak hingga nenas lembut. Tambah ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih dan masukkan daun kunyit, masak sekejap lagi hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..

10 comments:

ameris said...

mat, saya tgh pregnen mmg x lalu nk mkn kari, gulai2. bila tgk masakan ikan tumis air dgn nenas nie meleleh plak terlior...

JIJI YU said...

semalam baru je mkn

Mat Gebu said...

@ ameris - alaaa, kalau dekat saya ajak puan makan sama..huhu..moga baby dan puan sihat yea..

Mat Gebu said...

@ jiji - anakanda jiji...terima kasih sudi komen di blog pcm ni yea..

yuyu Zulaikha said...

T_T nenas takde pulakkkk!

Tihara said...

wahh..laparrr, x lunch lagi nih

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tekak perit ni mkn masam2 mmg best.saya cedok resepi ni ye cik mat.tp nenas takda lah...ada ikan tenggiri 2 keping lg tu.sedap pulak nmpk lauk ni.tq cik mat

Sari Yusa Ibrahim said...

CMG, kita mmg suka ada nenas dlm gulai asam rebus, pemanis & pembangkit selera..

Oh Oeya said...

Kita suka bunga kantan :)

Chah said...

perghhh ni cik mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.