BEN ASHAARI

Thursday, September 29, 2011

TUMIS AIR PETOLA FUCUK.

rsz_dsc_1975
Selamat tengah hari semua, dah makan?..Yang suri rumah dah siap masak?.. Pernah tak anda yang kerap memasal untuk keluarga menghadapi dilema, nak masak apa lahh agaknya kan. Bila masak benda yang sama kata tak de idea. Tu sebab mat selalu kata, memasak ikut permintaan. Satu lagi masalah perihal makanan ni ialah anak2 kita. Ada tu senang, ada tu pulak makk aii cerewet bebeno, kalau sayur, memang takmo lah, kalau McD...hari2 pun takpe. Pada mat air tangan ibu sungguh penting, bagi anak2 makan, mereka akan bertambah kasih dan sayang pada kita. Air tangan ayah pun ok gak...haha, kang kena boikot pulak DTS ni, asyik sebut pompuan manjang. Ok hari ni satu hidangan ringkas, sesuai untuk tekak yang demam. Tapi sapa2 tak makan petola, sori eks... ^__^ ....Coretan perasaan ku di sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
100 gram fucuk @ tauhu kering, potong dan rendam hingga lembut
1/3 cawan isi udang
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Lada hitam, ditumbuk halus
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dibuang kulit, cuci dan hiris serong sederhana tebal. Fucuk atau tauhu kering, dipotong dan rendam hingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan isi udang dan masak hingga berubah warna, tuang air secukupnya dan masukkan kiub ikan bilis, jika guna. biar mendidih.
  3. Masukkan fucuk (toskan) dan masak sekejap. Tambah petola dan soo hoon (toskan), kacau rata dan bila mendidih, perasakan dengan garam secukupnya. Tambah lada hitam dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

10 comments:

Ozzy Choc D'Luscious said...

sayur bening mcmni pun dah cukup tuk makan ngan nasi, tak yah lauk lain

Rozita said...

CMG, lauk kita sama cuma takde tauhu kering tu je..

Amie said...

sedapnya mat.... belum lunch lagi ni! enak betullah hirup kuahnya tu...segerrrrrr

Oh Oeya said...

Oh Oeya baru lepas makan Che Mat heheh..
Roti magerin-kaya + Teh C kosong.. alhamdulillah..
Lauk cenggini tak jumpa la kat restoran.. hirup tengahari camni alangkah nyamannya..
Mai semangkuk hihi..

CuppyCakeMommy said...

cekidout our latest promotion of smart educational toys..

add us in FB at intelligent.toys@yahoo.com

aimie amalina said...

nyummmmyy
sgt suke menu ni pakcik mat
dulu ms sekolah selalu mkn kat dewan makan =]

JIJI YU said...

burppp

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, CM... Urmmm, yg masak sekali-sekala mcm kita nipun dilema jugak tau nak masak apa.. Sama gaklah mcm CM, msk ikut permintaan... hehe

Cik TeN10 said...

one of my favourite nih !! uwaa lama tak makan.. kenapala tak penah jumpa petola kt jepun ni.. huhu

cahya indah said...

faveret lauk..letak fishball ke ketam ball pun layan :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.