BEN ASHAARI

Friday, September 23, 2011

TERUNG TELUNJUK MASAK TEMPOYAK

rsz_dsc_1768
Salam Jumaat semua, nak letak entri sarapan tapi cuma makan biskut krim kraker, mana bess kan. Jadi mat letak lah satu entri biasa2. Yang mudah2, cuma tak semua orang makan. Terung telunjuk ni mat goreng dengan tempoyak, ini atas permintaan bonda. Letak cili padi lebih sikit, baru ngam. Mat letak udang sebagai perencahnya. Kalau tak de lah terung telunjuk, anda boleh ganti dengan terung biasa, pun ok. Eh, serius lah ni hari kan nak tulis intro punya lah blurr, apa nak jadi nih..huhu bahaya ni, sebut2 apa nak jadi, kang ada pulak yang nyanyi lagu tan sri s.m salim - "apa nak jadi"...hoho, takmo lah terasa ai nanti...mana yang rasa malas, ngantuk dan memboring jee, apa kata kita lihat entri ini dulu, kira sesuai lah dengan hari Jumaat nih... Ok semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji terung telunjuk, hiris serong dan rendam
15 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh tempoyak
3/4 cawan air
15 biji cili padi*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat, tumis hingga harum, masuk tempoyak dan udang, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan terung telunjuk tadi (toskan) dan asam gelugor.
  2. Perasakan dengan garam secukup dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut dan masukkan daun kunyit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

2 comments:

Cheq Sue said...

saya suka telur telunjuk ni, celur kejap, cicah budu makan nasik panas2 aduhhhh....

Kjee said...

che mat, tempoyak banyak dalam fridge. dok fikir nak buat apa. thnx for the idea.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.