BEN ASHAARI

Saturday, September 10, 2011

SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

P1300983
Jomm makam sambal telur, erkk sebelum tu, nak bagi tau, ni semua mat masak tu hari. Jadi baru sempat nak masukkan dalam blog. Ini cuma resipi biasa2 saja, takde yang istimewa sangat. Mat guna dalam 6 biji telur. Kalau anda nak guna telur burung puyuh pun ok, cute2 gitu, tapi kenalah lebih sikit, dalam 20 biji macam tu. Kalau nak buat sambal telur pucah pun ok, tapi kalau buat tu nanti teringat pulak kat jiran sepagar, dia suka makan sambal telur pecah. Ok lah, mat pun mata ngantuk ni, penangan ubat..hmmm, meh sini kita lihat resipi dia...ciken je beb nak buat dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-8 biji telur ayam, rebus keras, kupas dan ketepikan
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa, jika suka
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisatr dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, kacau rata. Tambah telur rebus dan kecil kan api.
  2. Masak hingga pekat, tambah garam secukup rasa, gula dan juga bawang besar, masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

4 comments:

Amie said...

oleh sebab mood masak tengah merudum... kena tumpang makan di sinilah hari-hari ye mat.

JIJI YU said...

hamboi resepi bese2 ek

aimie amalina said...

huu
walau pon biasa
tapi ttp mnjadi pilihan hatii

Isteri Encek Bard said...

FEBERET IEB NIE CMG.. KARI TELUR PUN IEB SUKER SANGAT.. SODAP....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.