SAMBAL BELACAN TOMATO......RM 10 SEORANG SAJA...

rsz_1dsc_1681
Assalammualaikum, huhu, lemau nyaa diri ku ini, masak pun tah hapa2, serius, mat masak yang mudah2 saja. Mood berblog memang down sungguh....tak boleh nak elak2 dah, sungguh rasa tak rajin sangat...tolonggg bagi aku semangat yeaa!!!. Petang tadi ada hal lain jadi tak sempat nak masak dan buat apa2. Jadi mat letak sajalah entri sambal belacan tomato. Ala semua tau buat kan, sebab bukan susah sangat. Sambal belacan ni sedap atau tidak bergantung pada belacan yang kita gunakan. Belacan pun perlu dibakar hingga harum, kalau zaman dulu kala, memasak gunakan dapur kayu, jadi sambil masak tu kita tepekkan belacan sebelah tungku sambil dibalik2kan sekali sekala hingga belacan berbau harum. Selalunya kita akan mencampurkan sedikit garam kasar masa menumbuk, ini bertujuan cili tadi mudah hancur dan hasil nya lebih halus....Sebelum tu, sila lihat gambar dibawah ni....

Kempem RM10 ringgit seorang ini bertujuan membantu Encik Amir, anda boleh baca seperti gambar diatas, klik gambar untuk lebih jelass...terima kasih mat pada Ben juga.. Ok mat tulis resipi sikit kat bawah ni yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 biji cili padi merah
1 biji cili merah
1 biji bawang merah
1 inci belacan, bakar hingga harum
Secubit gula dan garam secukup rasa
8 biji tomato ceri, belah 2 setiap biji
1 - 2 biji limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Tumbuk halus cili padi, cili merah, belacan bakar, sedikit garam dan bawang merah. Masukan tomato dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Gaul rata. Sebelum dihidangkan tabur dengan hirisan daun sup sebagai penyeri....

Post a Comment

7 Comments

  1. wahhh..gaya jawa kan bakar belacan ni? ke salah?

    ReplyDelete
  2. mesti pedasss giler sambal ni kan...sedapp makan ngan nasi panas2.fuhhhhhhhhhhhhhh!

    ReplyDelete
  3. bagus, tapi utk sunah sakura, rsnye klu sambal belacan mmg kene bakar..bkn jawa je

    ReplyDelete
  4. eh CMG... "gauk rata" ... sudah tukar ye? hehe...

    ReplyDelete
  5. kita kan kalo buat sambal belacan mesti "fail". Pasni buleh la cuba resepi cik mat ni pulak. Hrp2 "pass". Hihihi

    ReplyDelete
  6. En MaT, saya nak tanya. Tempat saya cili basah/hidup mahal. Dalam 59 dollar sekilo. En Mat ada tak koleksi resepi sambal belacan yang guna cili kering atau campuran cili kering dan cili basah. Kalau boleh, dapatlah saya cut cost sikit. Thanks En. Mat.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.