BEN ASHAARI

Friday, September 9, 2011

PUDING KASIH BERTAUT....TERANG SUDAH..

DSC_1395
(Pic By Mohd Soleh)

Salam petang semua..erkk..hehe, nak mengaku nihh..exceli kan yang ni entri autopost...bukan "auta"post yeaa. Ini mat buat semalam. Mula nampak Kak Nor Secubitgaram buat, punya lah teruja sangat2..lawa, kalau buat hantaran meminang atau menikah pun nampak elok banget. Sweet dan ayu gitu. Buat dia pun senang dan mudah dan lawa. Anda pasti puas hati..Tapi kan mat tak puas hati lah gambar tu..hadoii, hmm tak kesah lah..nanti kalau ada yang cantik, mat tukar yea. Apa2 pun terima kasih pada pemberi resipi dan mat ambik resipi dari blog Kak Nor, dan mat share kat sini...Terima kasih Kak Nor...

BAHAN "A" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
300 ml air
200 ml santan
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
2 - 3 jenis pewarna makanan + perisa (atau tak payah perisa pun sedap)

BAHAN "B" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
1 liter air
100 gram gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK AGAR2 SANTAN (A) :- Satukan serbuk agar, gula dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula hancur, guna api sederhana. Sementara tu satukan santan dan telur, kacau rata. Tuang dalam agar2 tadi, kacau rata dan masak hingga mendidih, guna api kecil dan kacau sentiasa. Matikan api, dan bagi kepada 3 bahagain, letak pewarna pilihan serta perisa (kalau suka), kacau rata dan tuang dalam bekas agar2 pelbagai bentuk (jenis comel2). Biar beku, simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK AGAR2 GULA MERAH :- Satukan semua bahan2 B, kacau rata dan masak hingga gula merah hancur. Tapis agar2 tadi dan biar suam sedikit.
  3. UNTUK PUDING KASIH BERTAUT :- Sediakan satu acuan agar2 yang agak besar atau boleh guna loyang biasa. Susun agar santan pelbagai warna dan bentuk pada dasar acuan, kalau guna acuan berlubang tengah, pastikan corak agar2 santan menghadap ke dasar acuan. Sendukkan agar2 gula merah tadi sehingga habis. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Boleh hidangkan. Selamat mencuba...

14 comments:

Liza said...

Salam Ziarah Cik Mat..ke abg Mat? hihihi..Liza ada CnP resepi kek chiffon oren kat blog Liza..mintak halal yer..Liza ni mmg peminat silent blog abang Mat dr dulu..tq coz bnyak resepi n tips2 berguna yg abg bagi...

Rai said...

macam sayang nak makan..cantik sangat..huhu..

nak puding caramel FREE? jom join GA

Sunah Sakura said...

alaaaaaaaaaaaa...nape kaborrrrrr nehhh..mana gambar dari dslr yang hebattt tuhhhhh???

aimie amalina said...

huuuuuuu
cantiknye gambo puding ni
bertmbh lazat pulak la nk mkn
sedap je mate mndang
heeeee

Ummi said...

Mat, puding kasih bertaut ni tuk budak cintun 2 orang tu la eh...hehehee...moga2 la kan... hehe

Amie said...

dah makan PKB di rumah Kak Nor kelmarin, tapi nak makan juga di sini....

JIJI YU said...

nmpk cam puding lemas..ehehe

WaniGhani said...

ya Allah...rajinnyeee CMG nak buat satu2 step tu =_=

JaSSNaNi said...

Tudia mat.. canteknye.. tak hairan ler lepas ni ramai yang akan mencuba... terpegun ni.. sket je lagi nak pengsan.. (tipu2 pengsan)hehehe

Zulfikar Hazri said...

nanti aku bertunang, aku nak amik ko la mat.. jadi tukang gubah hantaran,.. weeeewittt

~~zAnAfAhMi~~ said...

Selamat Hari Raya Mat....cantik puding tu, blurr pun takpe..janji sodap.

ma'chiks said...

emm...cantik menawann,nak makan cma sayang jerk.

Citarasa Rinduan said...

cantiklah cik mat..
buatkan utk ayu nanti ya...
hahhaha

rita said...

alahai...cantiknya la puding CMG ni la...comei je agar2 bunga tu...best la idea CMG ni..at least dpt bantu sy yg kurg pengetahuan bab masak2 ni...huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.