BEN ASHAARI

Wednesday, September 28, 2011

PENCETUS SELERA DI KALA DUKA...

rsz_dsc_2060
Asslammualaikum, selamat bertemu kembali, terima kasih semua, walaupun mat tak bersiaran dengan entri masak2 selama 2 hari, anda tetap memberi sokongan..saya amat hargai nya..huhu, kita mulakan dengan entri yang biasa2 yea. Entri kali ni lebih pada makanan kampung, dan simple tapi sungguh menyelerakan. Cuma seperti mat kata, bila kita kata menyelerakan, tak boleh nak jamin orang lain juga akan rasa sama, citarasa masing2 berbeza. Blog masakan selain sebagai "perpustakaan" atau arkib untuk kami tuan punya blog itu sendiri, ianya juga bertindak sebagai bahan rujukan bagi mereka2 yang memerlukannya, bukan nak kata blog kita terbaik, tidak..cuma kita berkongsi serba sedikit ilmu yang Allah bagi. Macam kami blogger2 masakan juga, bertukar2 idea, teknik memasak dan pendapat.

rsz_dsc_2085
Menu kali ni amat ringkas, cuma ada ikan goreng masala, dan ulam pucuk bebuas yang dicelur dan makan bersama bahan pencicih yang pada mat begitu istimewa, air asam "budu"..waaaa pengsan ke dengar "budu"...huhu, bagi mereka yang tak makan, boleh omit lah kan, dan kena pandai2 oter itu air asam kasi selera sama tekak masing2. Tapi bagi yang makan, hmmm sahh menyelerakan, terutama penduduk2 belah pantai timur. Lagi2lah Kelantan mari, kalau tak makan budu..aduhh kena buang Negeri okehh. Gambar atas tu ikan goreng masala, bukan masalah tapi ikan tu mat perap dengan rempah masala, boleh beli dikedai2 india menjual rempah ratus atau di pasaraya2 besar macam Tesco, C4 atau Giant....

rsz_dsc_2048
Dannn..ha yang ni feberet mat, ulam pucuk bebuas yang dicelur sekejap, cicah sama itu air asam budu.aduhh melelehhh. Pucuk bebuas ni sejenis ulaman yang rasa dia lemak2 kelat dan ada sedikittttt rasa manis. Kalau kami di Johor, pucuk bebuas adalah antara bahan utama dalam pembikinan botok-botok.. Hoo apa pulak tu, bunyi aneh jee.. Botok2 ialah sejenis makanan yang berkhasiat, selalunya guna ikan tenggiri atau kembong, digaul bersama rempah ratus khas yang telah dimasak terlebih dahulu, kemudian ikan bersama rempah tadi akan diletak atas lapisan beberapa jenis ulam2man dan dibungkus dengan daun pisang, ikat kemas dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama nasi...sedapppp, terutama ulam2 dia... nanti bila senang2 mat buat yeaa itu botok-botok...Ok sekarang ni mat tulis serba sedikit resipi yea...

IKAN GORENG MASALA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 ekor ikan kembong, disiang dan cuci bersih
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh penuh rempah garam masala
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi, digaul rata dengan semua bahan2 diatas, kemudian perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali atau mat guna non-stick pan jenis mungkun, goreng ikan tadi dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan hidangkang panas2 bersama air asam budu, jika suka.
  2. Pastikan anda menggoreng 3-4 ekor bergantung pada saiz kuali atau pan yang anda guna.

AIR ASAM BUDU...

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 biji cili padi merah siam*
2 biji cili merah*
1 inci belacan*
1 camca besar gula*
2 biji bawang merah hiris
1/2 cawan jus asam jawa
1/4 cawan budu
5 - 6 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus dengan sedikit air. Kemudian masukkan bawang hiris dan kisar sekejap lagi tapi jangan halus sangat, kisar sekejap saja. Alih dalam bekas dan masukkan jus asam jawa (ramas gunakan air suam), budu dan tambah jus limau kasturi secukup rasa. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi gula atau jus limau kasturi. Kacau rata dan hidangkan bersama ikan dan pucuk bebuas celur tadi.

20 comments:

JIJI YU said...

jelas sungguh gambor dgn d7000

kakchik@ella said...

Cik Mat, Kakchik follow blog cik mat ni lama sudah, sebelum kakchik ada blog lagi, Kakchik syg blog cik mat ni. Keep on blogging eh .. pelan2 pun tak pe. No pressure in blogging, kan.

Isteri Encek Bard said...

PCM pist time dengan ulam pucuk bebuas. tuuu.... lauk cam ni lah yang IEB paling suka bila dah jemu makan ikan, daging udang dan sebagainya.... Selamat kembali PCM... sangat tak best bukak Dapur Tanpa Sempada tanpa sebarang celoteh dari PCM....

Cheq Sue said...

welcome back che mat...

saya ni walau pun suke sesangat dengan budu tapi x pernah buat pulak air asam budu...selalu main curah gitu aje... :)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waduhhhhh tak boleh jadi ni nak kena cari budu sekarang jugak.. Dah tergoda tengok gambar kat atas tu huhu

Ami said...

salam, selamat kembali en adnan ibrahim kita. syabas kerana tidak mengaku kalah! cheewwaaah!! sekian lama saya cuma hanya silent majority. tapi bila CMG kata nak berundur....oh, no, no no!!! ramai2 meraikan dunia masakan melayu/malaysia kita. kata2 ini juga saya tujukan kepada blogger lain yg x kurang hebat seperti k.ummi, k.jie (exwartawan tu lah), k.nor, mamafami, yatimemories, hanamemories dan ramai lagi yg tak mungkin dapat saya sebutkan di sini. kalian semuanya world!1

Sunah Sakura said...

pcm ni saja kan...tunjuk ikan goreng pun da cukup berselera..

tapi nasib baik perut masih kenyang..lalala~

Tamar said...

Salam,

Welcome back CMG....Slowly but surely nanti rancak balikla tu kan....:-)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Mat akak setuju sangat,blog masakan sebenarnya macam arkib bagi tuan punya blog dan semestinya yang simple tu la yang paling sedap.

WaniGhani said...

Dah telan2 air liur ni en. mat..alahai terbayang kemanisan ikan kembung goreng tu..this is so simple but yet surely satisfying..!

nuralwahid said...

i lioke budu....! betul..betull..nlog masakan ni jd tempat rujukan.utk sy sendri pon, klu kat ofis tetiba rs nk masak, tgk blog dl.then balik cari bhn2 yg kene tmbh lg then masak.lagi sanggeh klu ade ipad iphone kan.tgh membeli leh surfing.so tak de la tercicir brg kang xde mood nk masak.teruskan berblogging! i appreciate it.

ilahjy said...

salam che mat
rupanya che mat pun kenai pucuk bebuas yaa.. kak suka mkn..sebab rasa dia...celur sekejap jer dlm air mendidih.. nak tau dak.. khasiat dia??? boleh melapangkan pernafasan dikala kak alami sesak nafas sebab gastrik.... jgn tak caye lak...betoiiii... kami org kedah pula jadikan ia sebgi ramuan dlm nasi ulam kedah...

mas saari said...

sedapnya budu tu! terliur dah ni..

balik umah ni kena buat budu makan ngan nasi ni! heheheheee

CT said...

sedapnya..makanan paberet kak CT ni Mat...ngidam i...hahaha

Cik TeN10 said...

aishh sgguh membuka selera i !! melelh air liur tgk menu u !!

Mama Hanim said...

budu tu yg best CMG, kebetulan hr ni masak nasi kerabu utk jamuan raya di ofis, mestilah ada budu kan..hehe.

Drama Soffiya TV3, Sinopsis Dan Video

sofiah hanim said...

Salam CMG, wah rasa cam lama betul CMG x wat posting. tiap2 hari tgu. sebut psl bebotok... sy nak kongsi resepi turun temurun seblh mak sy cuma kami buat rebus bkn kukus.. blog sy ni lama bersawang tp kalo CMG nk tgk resepi bebotok kami leh la click cni http://sofiahhanim.blogspot.com/2011/07/bebotok.html

syhnm said...

Alhamdulillah ur back CMG =)

Rozita said...

CMG, pucuk bebuas ke beruas ye? abah saya panggil pucuk beruas.. sedap kalau masak asam rebus..

aDisH.sHidA said...

perghhhhh...sedap tu....selera kampung

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.