BEN ASHAARI

Tuesday, September 13, 2011

MI HOON SUP.....SUP AYAM PENCEN LAGI...

DSC_1359_picnik
Salam morning semua..jahanam bahasa, rojak's...Pagi ni mat lewat bangun..boleh macam tu, aku sendiri tak percaya ni bila bangun jam 8 pagi!!!...OMG!!., memang tah apa kena agaknya boleh termentidur sebegitu rupa...grrrr..rugi woo masa. Ok pagi ni sebagai entri permulaan mat share semalam petang punya menu. Semalam mat buat sup ayam, tapi bukan lah sup ayam kampung, cuma guna ayam pencen. Punya lah liat gilerr. Mat buat seekor saja, anda pun sedia maklumkan ayam pencen ni idok leer besar mana, saiz cuma yang sedang2 saja. Jadi seekor tu ada leer dalam 800 gram mcm tu, kalau anak ramai elok leer buat 2 ekor. Mi hoon tu pulak jenis yang kasar2 sikit, kalau nak guna mi laksa pun ok, mi hoon yang halus pun ok, mi kuning waima guna pasta pun sedap, cuma orang2 berusia ni, kalau pasta mereka agak kurang sikit kecuali makaroni, kalau kena pasta yang bentuk aneh2 tu, ada depa takut nak makan...erkkk..hehe, resipi rasa mat banyak kali dah letak dalam DTS, tapi takpe mat tulis sekali lagi...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen (ayam tua), potong ikut suka, cuci dan toskan
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
Air secukupnya
Gaaram secukup rasa
1 pokok daun sup
1 camca besar penuh bawang goreng

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia tua
1 camca besar penuh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup (optional)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaha
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Mi hoon secukupnya, celur hingga lembut, toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng, hiris
Sambal kicap
Taugeh, buang ekor, celur dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam tadi, gaul rata, bila ayam kecut, tambah air secukupnya. Tambah bawang goreng dan daun sup, bila mendidih, sederhanakan api dan biar hingga ayam empuk.
  2. Masukkan kentang dan bila kentang empuk, tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Isi mi hoon dalam mangkuk sesuai, tuang kuah sup tadi bersama ayam dan kentang. Letak hirisan tauhu, taugeh dan tabur dengan hirisan daun bawang/daun sup. Hidangkan bersama sambal kicap. Hidangkan.

6 comments:

JIJI YU said...

hk aloh..sodapnye..

Sunah Sakura said...

erk..patutlah takde ym dari pcm kul 7 pagi cam selalu..hahahaha

Yatie Awang said...

ayam pencen pun boleh buat sup ek, wahhh....akak biasa gulai je ayam pencen ni, tak pun goreng merah

Maria said...

hmm CMG,Maria nak tumpang sekaki makan mi hoon sup ayam pencen...segarrrrr..

notie said...

Salam CMG...ayam pencen sedap ni buat masak ungkep yang biasanya orang jawa masak. CMG ada ke resepinya atau pernah tak masak ayam ungkep. Kalau ada nak le resepinya.

Isteri Encek Bard said...

tu dia sambal kecap yang sangat menggoda

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.