BEN ASHAARI

Friday, September 30, 2011

LEMAK CILI PADI TELUR ITIK.

rsz_dsc_2199
Salam....buat apa tu, sehat?.. Mat perhatikan sekarang ni macam musim orang kena demam. Sahabat2 maya mat pun ramai yang kurang sihat, mat sendiri pun 2 hari lepas demam, tapi nasib baik tak parah, cuma demam2 manja..demam mengada2..haha, ada ke demam macam tu. Tapi kan kalau nak jadi sebab, demam sikit pun kita boleh "kiok" tau...huhu, jika itu sudah tertulis, apa nak buat, tak boleh elak dahh...hmm. Ok lah entri kali ni mat letak satu masakan tradisi orang2 Negeri Sembilan. Tapi yang ni versi mat gebu. Gulai telur itik biasanya dicampur dengan belimbing buluh, tapi sayang, mat cuma ada rebung jeruk, dan belimbing pulak tak musim, jadi manfaat kan apa yang ada. Kita yang buat dia. Satu yang mat tau, gulai telur itik macam ni menjadi masakan tradisi orang Negeri Sembilan dan turut dihidangkan di Istana jika ada hari kebesaran...kalau ada kerabat2 terdekat negeri adat pepatih, sila komen yea, mat pun dapat info dalam satu majalah tahun 90-an dulu..lama dah...Ok, tanpa berlengah lagi, dengan penuh kerajinan dan semangat..mat tulis resipi dia....jeng..jeng..jeng...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5-6 biji telur itik, cuci bersih dan lap kering
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1500 ml santan cair
2 - 3 keping asam gelugor
2 cawan rebung jeruk, cuci dan toskan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung, warna hijau
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus, serai titik dan santan cair ke dalam periuk, kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahan kan api, pecahkan telur itik tadi satu persatu dalam kuah, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain, masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  2. Masukkan asam keping (yang ni terpulang, tapi mat suka ada rasa sedikit masam). dan juga rebung jeruk tadi. Kacau perlahan. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain....

10 comments:

Ribbon Clown said...

drooling..my faveret ni cik mat.. hehe mana nak carik telur itik tgh2 hari camni.. he he

CT said...

Aduyaaaiii..sedap tuh..kdg2 akk gandingkan dengan belimbing buluh...sedap!

nur said...

sedapnye..
kalau beli ni mau sebijik telur tu rm2.50..
huhuhu..

aimie amalina said...

huk3
sedapnye pakcik mat
sy yg x mkn telur itik ni pon tetibe nak mkn telur itik
hee
tradisi owg minang unik kannn!
heee

fuzidss said...

i love this

lina said...

salam en Mat - sedap nya...

JIJI YU said...

telor masak masak gitu je...mmg meleleh

Rinna said...

Saya suka sgt telur .. macam CMG cakap tadi lagi sedap ngan belimbing buluh..

Kalau ikut resipi pure org nogori..tak de pakai bawang2 nie semua..CMG itu kalau weols masak ler.. :))

Walau cam na pun.. CMG masak mesti laa sedap kan.. :))

rahel said...

Sedap lauk cam ni...eii..laparlah pulak..tergoda lagi..

Mas Michiko said...

SEDAPNYERRRR... DOK BUAT TAK JADI ASYIK HANCUR JER TELUR DLM PIUK

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.