BEN ASHAARI

Tuesday, September 6, 2011

LEMAK CILI PADI REBUNG.

P1300950
Malam semua, ada yang pi rumah terbuka ke?..Yelah nama pun bulan raya, merata orang buat rumah terbuka, takpe lah setahun sekali. Entri malam ni mat kongsi resipi lemak cili padi rebung, kali ni masak dengan udang dan guna cili padi kampung yang dipetik sebelum memasak, kira cili padi segar dari pokok. Mat guna rebung jenis buluh betong, kalau nak guna rebung madu pun tak de masalah. Masa tulis ni pun mata punya berat...hmm, kelip je rasa tak boleh nak bukak dah..susah lah macam ni. Kalau dulu berjaga sampai pagi, sekarang ni belum tengah malam dahh, terjelepuk membuta tak hengat...erkk..hehe..ok lah meh kita tengok resipi..mudah saja ni.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram rebung buluh betong yang telah dibersihkan
1/2 cawan isi udang, cuci bersih dan toskan
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung jenis hijau
1/2 inci kunyit hidup tua
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung dihiris nipis atau gunakan penyagat. Cuci dan celur hingga rebung sedikit lembut, toskan (kalau nak sedap celur guna air kelapa dari kelapa segar yang kita guna untuk memasak gulai). Ketepikan.
  2. Masukkan rebung celur, serai titik dan udang ke dalam periuk. Tambah bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak sekejap atas api. Kemudian tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih hingga rebung lembut.
  3. Masukkan asam gelugor dan pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, biar mendidih dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

8 comments:

aimie amalina said...

huuuu
pakcik mat



dr pose ritu pakcik mat po pasal mask rebung ni
huuuuu
sgt la sedap!

Nina Suria said...

salam lebaran Mat, raya kelapan baru sempat nak berkunjung ke sini..

Maaf zahir dan bathin mana2 gurauan kakmOn yang mencuit hati. Harap2 satu waktu kakmOn dpt bertemu muka :)

JIJI YU said...

ni resepi kampung ni

Luqman Hakim said...

nampk sedap tapi...semua keturunan saya tak dapat makan REBUNG..

Amie said...

rebung betunglah....ngencessss!

Ezzah Aziz said...

sedapnya...lama tak masak rebung sejak sakit2 urat ni...esok nak try lah berselera..

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh terbaik! peberet saya nie :)

Lysha said...

Gee...never fail to amaze me...huya...thank you CMG you are truly a life saver. keep up the good work...and have fun always...and yup may Allah bless you always...huya...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.