BEN ASHAARI

Friday, September 9, 2011

KANGKUNG GORENG BELACAN..

P1300961
Entri masak2 pertama pagi ni..eh kejap2..entri yang sup kentang tu kira ni hari gak kan sebab publish jam 12.30 am..huhu. sebenarnya mat tertidur..tu patut malam semalam nya tapi mat gebu terpengsann sudah, bila jam 12 macam tu terjaga, tu yang mat sambung buat entri tu dan juga entri khas untuk besday blog BA yang ke-2. Lepas2 raya ni masak pun yang biasa2 saja, tapi ada juga yang luar biasa, yang tu nanti2 kita cerita. Bak kata Kak Nor Secubit Garam, lepas2 raya ni kami blogger masak2 macam tak dann je nak update blog, mana taknya sibuk, tapi seronok, apa makna hari raya kalau tanpa tetamu datang bertandang, biskut2 raya yang kita buat tu, kan untuk jamuan para tetamu, bukan untuk kita hadap sendiri..kann.. Ok mat tulis resipi kangkung goreng belacan ni, alah senang je, ni untuk mereka2 yang baru nak berjinak2 ke dapur..yang mana dah lama jadi orang dapur tu duduk diam2 yeaa..shhhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung
1 genggam isi udang yang telah dibersihkan
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kangkung disiang berasingan, batang yang lembut dikerat pendek, cuci bersih dan toskan. Daun pula dicuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tunbuk lumat jingga harum, tambah sos tiram dan sedikit garam. Masukkan udang dan sedikit air, kacau rata. Masukkan batang kangkung dan bila lembut, masukkan pula daunnya, Besarkan api, gaul rata2 dan bila kangkung lembut boleh matikan api. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan panas2.

6 comments:

aimie amalina said...

huuuu..sedapnye pakcik mat
ni peveret nihhhh

NMH said...

kecur air liur dengan kangkung..aishh

Amie said...

wow! kangkung goreng belacan... pilihan nombor 1 dari dulu, kini dan selamanya.....

JIJI YU said...

terbaeik..belacan dan udan..kombinasi top

Tamar said...

Salam,

Ya Allah, dugaan sungguh nengoknyer...nasi baik la da tinggal sikit jam jer lagi nak buka...kalau tak mau ada yang telan air liur sampai ke petang...hehehe

♥ Elin ♥ said...

ok tq..
menu mlm nih. ;)

What cute names do you call your HUSBAND?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.