BEN ASHAARI

Monday, September 5, 2011

HATI LEMBU MASAK LEMPAB..

P1300938
Assalammualaikum, salam syawal semua. Hmm, last masukkan entri 2 hari bulan tu hari. Bukan mat tak masak bagai, tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan...Letih dan penat..tu je dua perkataan yang boleh mat katakan buat masa sekarang ni. Betis punya lah rasa tegang urat2 dia, hmm. Ok lah tak boleh nak tulis banyak cerita. Insya Allah lepas ni mat akan update seperti biasa. Nak kongsi satu resipi mudah, tapi ini atas permintaan abah mat. Kalau ada yang tak makan hati lembu, anda boleh ganti dengan daging batang pinang. Lempab ni sejenis masakan yang dikeringkan dengan api perlahan. Terlebih dahulu hati lembut atau daging perlu diperap dengan bahan2 rempah kurang lebih 1 - 2 jam. Ok mat tulis resipi mudah ni yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram hati lembu
2 batang serai, hiris halus*
2 inci halia*
4 ulas bawang puith*
2 biji cili hijau*(*dikisar halus)
1 camca besar kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu, dihiris nipis lebar2. Cuci dan kemudian gaul dengan 1 camca besar penuh tepung gandum, gaul rata2 dan biar 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan.
  2. Perap hari tadi dengan bahan kisar halus selama 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan hati yang diperap tadi, gaul rata dan biar hingga mendidih.
  3. Perlahankan api dan masak hingga pekat. Masukkan kicap pekat, gaul dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah bawang besar, kacau dan biar hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili hiris sebelum dihidangkan.

9 comments:

CT said...

Aduyaiiii lapolah akk Mat pepagi tgk lauk camni...:)

Selamat Hari Raya

Jom masuk blog kita http://batulesung.blogspot.com

WaniGhani said...

huhu telan air liur sambil baca cara membuat...baru tau nama masakan ni lembap..selama ni panggil masak kicap je..

saya suka makan cemana tau CMG...penyek2an hati tu pastu gaul rata dengan nasi putih...fuhh...xpayah lauk lain dah..hehe

azian said...

hahahahah...cik mat...bab betis tu tak tahan laaa...heheheheh...

Sis-Lin said...

waaaaaaa peberet aku ni hati lembu....yum yum yummmmm

Lieya said...

Alaaaa tengok hati lembu ni baru teringat daging lembu fresh tetinggal kat uma mak.. aiseyyymennnn

JIJI YU said...

tak makan organ dalaman

atiEy said...

hurm...sebenarnya saya ni silent reader CMG... suker dengan masakan² yang CMG postkan...semuanya buat kami sekeluarga terliur jer... byk jugak resepi² CMG yang saya cuba dan alhamdulillah... jadi,tp takla guna brng² yg CMG guna sbb susah nk cari...=) lgpun saya ni tak pandai sgt masak... tima kasih... sbb adakan blog nih....

NaniRostam said...

salam aidilfitri...rasanya masak lempab ni kalau orang jawa sebut ungkep....

anyway saya kagum dengan kerajinan en mat masak setiap hari....


rajin sungguh!!

Yaati Nor said...

cik mat..lempab..ayah saya klu raya korban..hari raya la pendek kata..klu beli daging fresh mst dia nak lempabkan sket daging sblm direndangkan..nie belah2 org rembau punye menu nie..ayah cik mat dari rembau jugakan..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.