DAGING KICAP BERIANI..

daging kurma manis
Salam semua selamat siang..uikk macam Indon mari pulak...aduh, lewatnya masukkan entri, sebenarnya resipi yang menunggu ada banyak, cuma masa tak mengizinkan. Sejak sehari sebelum raya sampaiAhad lepas memang mat tak cukup tidur, bahana aku ni gebu jadi tak de lah nampak tak bermaya, cuma mata je asyik stimm memanjang, penat wooo, malam pun sekarang lepas jam 10, dah mula sangap2. Bukan lah mat tulis ni tanda tak ikhlas pulak melayan tetamu, cuma nak kata tu pasal tak dann nak update blog kerap..lagi pun keikhlasan bukan kita nak menentukannya...ia hak mutlak Allah swt..kann, kita sedaya upaya mengikhlas kan diri..tu saja yang boleh. Oh sebelum tu terima kasih sekali lagi pada Encik Azman Ahmad, sebab gambar atas tu hasil ehsan DSLR dia(no editing okeh)..waaaaaa....mantap lah "anu" abang burung tu...i likeeee.. Ok kita semak resipi..jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*tumbuh halus)
1 camca teh minyak sapi
2 biji kentang, belah 8 setiap biji, rebus 1/2 empuk dan goreng garing
1 batang leek, kerat dan rendam (tak letak)
1 biji bawang besar hiris kasar
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
3/4 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
4 camca besar kicap manis
1 camca besar rempah beriani + 1/2 cawan air, kacau rata
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Garam jika perlu
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci bersih dan perap dengan bahan tumbuk halus, perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan minyak sapi tadi dan biar cair. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cili kisar hingga garing, masukkan rempah beriani tadi dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, dan kacau rata, biar daging kecut. Tambah kicap, daun ketumbar dan gula melaka. Kacau rata dan biar masak dengan api kecil.
  3. Bil daging empuk, masukkan bawang besar, cili merah dan leek tadi, kacau dan biar 4 - 5 minit hingga layu, rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam, kacau rata dan boleh diangkat. Tabur dengan hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan..

Post a Comment

5 Comments

  1. huuuu
    sedpnye
    aye2 ni daging jela kan..hehehhe

    ReplyDelete
  2. Ya allah kagum betul yatie dgn mat gebu...sila jadi suami ai...eke2...bergurau senja b4 nak berbuka pose!

    ReplyDelete
  3. Aku makan banyak hrtu..berkeping2 kannnnnn...
    walaupun mula2nya tak tau nama tapi sedapppppppppp terangkat!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.