TERGODA KAN..HMMM...dan..."GA" AZIAN ISKANDAR.

P1300249
Assalammualaikum, salam semua, dahh masuk 1/2 hari berpuasa, cepat kan. Letih, lapar ke, aikk tu macam terlepek jee, sangap2 lagi..Takpe meh sini cuci mata dengan "fruti custard puff' yang sedap, yang lemak2 manis dan rangup pastry dia bila masuk kat mulut...aduh nyaman, lepas tu kena pulak dengan rasa buah strawberry yang masam2 manis, peach yang wangi dan buah kiwi yang lunak...penggsann okehh. Mat buat semalam ni, untuk tetamu dedara's. Satu lah yang perlu anda ambik kira, kalau dapat isi custard tu jangan awal sangat, takut puff tu kembang. Tapi kastard ni dia kental, jadi bila dan susun buah2an dia nampak ok..Untuk cara2 membentuk pastry tu, anda boleh klik sini... Buah2an tu anda boleh guna starwberry, raspberry, blue berry, peach, kiwi dan ikut kesusiannya. Oh yea untuk resipi custards tu kredit pasa Kak Ida 1001 Resipi....ok kita semak resipi pulak...Opsss...sebelum terlupa, anda nak sesuatu yang berguna di dapur?..Ada tu mat pun tak de lagi okehh, kalau nak sila ke klik sini, blogger Azian Iskandar ada sesuatu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 keping puff pastry jenama KAWAN bersai 4 inci x 4 inci
Telur untuk disapu
Strawberry segar secukupnya
Peach dalam tin secukupnya
Buah kiwi secukupnnya (dalam 2 biji)

BAHAN KASTRAD :-)
1 1/3 cawan susu rendah lemak
2 camca besar tepung kastard (bird custard)
2 camca besar gula
1 camca teh mentega
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Untuk membentuk puff pastry tu mat cadangkan anda klik sini, untuk gambar rajah lebih jelas...Sapu telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara, untuk kegunaa kemudian..
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau rata dengan whisk, kemudian jerang dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan tutup periuk dengan tudungnya. Ini mengelakkan custard berkepala pada permukaanya.
  3. UNTUK FRUIT CREAM CUSTARD :- Ambil 1 puff pastry yang telah dibakar tadi. Tekan bahagian tengah dia sehingga membentuk ruang. Sudukan kastard, ratakan dan susun buah2an, kemudian sapu permukaan buah2an tadi dengan piping jelly. Buat kaedah sama untuk baki bahan. Hidangkam segera..

Link

Post a Comment

13 Comments

  1. ada lagi dalam peti ais satu... nak makan lah...

    ReplyDelete
  2. penerangan dan gambar sungguh menjeleskan org pcm

    pg tadi da abiskan riwayatnye=)

    sdp

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sungguh ku tak tahan lagi.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. aaaaargghhh....!!!! sesungguhnya aku berpuasa.....

    ReplyDelete
  5. pergh..saja je CMG nak goda tekak ibu berpantang ni..huwaaaaa

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan CMG, nak tanya la... nak bentuk puff tu nak klik mana... klik sini tu macam tak wujud je..

    ReplyDelete
  7. nak nangesssss tgk pastry ni...waaaa..dah ambik resepi dr blog Kak Ida, ntah bila nak menerai niii....

    ReplyDelete
  8. aduh tergugat iman tengok bln2 posa nie

    ReplyDelete
  9. CMG...
    tq yek...

    puff ni sy rasa boleh tahan lg tapi kek tu.....dia mcm.....aishhh...mujur puasa....hahaha

    ReplyDelete
  10. tgk buah2 tu kilat2..mak aih menggoda jiwa!huhu

    ReplyDelete
  11. sedap sgt2...ank2 dok mkn krim kastard tu je..mohon izin copy n paste di blog sy yer :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.