BEN ASHAARI

Thursday, August 18, 2011

MI HOON GORENG....YANG BIASA2 SAJA..

P1300702
Selamat pagi semuaaaa...muahhh...haha, ada lah yang batal puasa kang..Assalammualaikum, salam 18 Ramadhan untuk semua. Bersahur apa pagi tadi?...Ok entri pertama pagi ni mat letak apa yang mat masak semalam, yelah anda pun faham kan, kalau hari biasa tu mat masak, dan terus ambik gambar, up entri, tapi bulan puasa tak boleh lah macam tu, hagak2 lah kan kalau nak entri segar pun, ini blog masak2,.bukan blog yang mana ada idea, ada isu sensasi terus tulis, pas tu selit kan gambar2 artis ke, ha dahh boleh buat entri. Blog masak2 ni perlu pengorbanan yang agak besar, perlu gambar, perlu resipi dan perlu masa. Ok lah walau pun entri mi hoon goreng, sebagai tradisi orang berblog masak2, bila ada gambar wajib ada resipi, maka mat tulis lah serba ringkas yeaa...Pstt cun tak pinggan puteh yang mat isi mi hoon tu, hadiah dari Ady Budika..hehe, nice lah i likeee...thanks Ady!!!...Ok kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut atau rebus sekejap, dan toskan
1 mangkuk kecil hirisan halus kobis
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
4 ekor sotong, saiz sederhana, disiang dan hiris kecil, cuci dan toskan
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos cili
1 camca besar cili kisar
Kicap cair secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing, tambah sos tiram dan sos cili dan sedikit air. Kacau rata.
  2. Tambah tauhu, telur dan sotong, kacau dan masukkan mi hoon, gaul hingga rata. Letak hirisan kobis dan gaul hingga rata. Tambah kicap cair secukup rasa dan gaul, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidnagkan

9 comments:

JIJI YU said...

biaser ke cenggitu

EnY YuSniZaR said...

sedapppp lagikkkkkk... !!!

Zuhal Zulaikha said...

mknn simple-simple cmni la dok tambah-tambah byk kali..ehee.. ;)

Iffah Afeefah said...

rindu nk makan meehun...

tetibe nk balik umah

hurmmm

bersama kak Es said...

rasa mesti luar biasa kannnn..nak pindah dok SEDENAKKKKKK!!!!! sebelah umah mak yam

Sis-Lin said...

klu masuk dlm tekak aku...terus jd luarbiasa..hehehehehe

nourieib punyer ceriter said...

Hye...salam perkenalan...sy blogger baru... all this while, me silent reader jek... neway, mihun ni menu utk sahur esok...tq for the receipe... but me suka sayur taugeh n daun kucai kalo wat mihun....;)

Isteri Encek Bard said...

NAK GORENG MEE HOON LAH HARI NIE

PatinPasta said...

Salam Ramadan CMG,
Bihun simple gini la paling sedap sebenornye, kan?

Suka tengok gambo2 food CMG. Makin mengancam skang. Thumbs up!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.