BEN ASHAARI

Thursday, August 25, 2011

KUE TEOW KERANG..UNTUK BERBUKA PUASA

P1300841
Salammmmmmmmmmm semuaa...arghhhhhhhh....penatt..nak pengsan sudah. Dah lah tu, jari2 ku sakit semua. Minta maaf mat pada semua, sebab hari ni betul2 satu entri saja yang mat letak. Bukan apa, masa sungguh ketat, tak mengizin kan langsung, mat cuma dapat bersiaran di FB saja. Kat blog ni susah sikit lah, ambik gambar pun tak sempat. Tapi kan malam ni mat nak share menu berbuka puasa mat gebu tadi. Tiba2 tekak nak makan kue teow kerang, dan memang nasib baik lah, ada bahan2nya, cuma kue teow tu je, bukan jenis biasa, tapi jenis halus sikit..huhu tak real lah macam tu kan, arghh janji ada..ok lah semak resipi jomm, tapi kan simple je, dan mat masak sikit saja..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekut kue teow
1 genggam taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji bawang merah, hiris
1 biji telur
1/2 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
1 camca besar sambal khas* (resipi dibawah)
1 genggam isi kerang
2 camca besar kicap manis
1/2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa

BAHAN SAMBAL* :-)
1 cawan cili kisar
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
Garam da gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi hingga terbit minyak. Sejukkan dan simpan untuk kegunaan kemudian. (simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama).
  2. UNTUK KUE TEOW KERANG :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga harum, tambah sambal dan kerang, kacau rata dan tolak ke tepi kuali, pecah kan telur dan bila mengeras kacau hancur.
  3. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan tauhu tadi, masukkan kue teow dan kacau rata, masukkan sos ikan secukup rasa. Akhir sekali tambah taugeh, gaul rata, matikan api. Hidangkan dengan cili hijau jeruk (tak de laahh cili jeruk..huhu)..

7 comments:

Iffah Afeefah said...

erk nmpak itu kerang hehe

rahel said...

Salam CMG,kue teow tu nampak menyelerakan...jadi lapar lg ni..

Muslimah Optimis said...

rrrrrrrr..kotiow tu peberet ai.. terliur okeh..huhu

Mama Ida said...

emm..yummy3x... kene try ni..

Oh Oeya said...

gilosss kecurrr..

azuOnie said...

saya suka sangat makan keow teow kerang..tapi susah nak dapat kedai yang masak sedap.selalu cuba buat sendiri, tapi koew teow jadi kembang.......
huhuhuhu..ada rahsia ke bagi keow teow tak kembang?

iemah said...

salam bang mat...
uwaa terliur la tgk kue tiaw bang mat nih..lebih2 lagi isi kerang..terasa2 dh kat tekak..hihihi..mohon share resepi nie eak..nanti insyaAllah nk cuba buat sndiri..terima kasih :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.