BEN ASHAARI

Saturday, August 6, 2011

HIDANGAN MATI AKAL....OK LAH KAN...

P1300368
Salam Ramadhan, eh dah 6 hari kan puasa...waa sungguh cepat masa, tau2 esok dah mula buat kek dan biskut pulak..Sabar yea part tu, mood mengukis belum sampai lagi ni, tengah blurr. Kita tinggalkan isu biskut tu semua, sekarang nak cerita entri menu mati akal ni...Biasaa jeerr...macam masakan yang dulu2, masa hari tak puasa..Ha ah memang pun, sebab tekak ni nak makan yang lite2 sia, tak mo kari2 bagai, kecuali ada permintaan. Mat kan paling suka tumis air macam ni terutama sawi bok choy, tumis air dengan udang, ada sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masih...waaahh, jalan terus, tak nampak stesen dan perhentian...hahaha.. ok lah ngantuk ni, rasa macam nak melenakan diri ku...jomm semak resipi ciken ni, mudah sangat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 pokok sawi bok choy, asingkan pelepah dan daun, siang berasingan, cuci dan toskan
10 ekor udang saiz sederhana, kerat muncung dan kaki2 kecilnya, cuci dan toskan
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, dan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan kacau rata hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya. Masukkan kiub ikan bilis, jika guna. Biar mendidih.
  2. Tambah hirisan batang bok choy, dan biar lembut. Tambah daunnya pula, perasakan dengan garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

5 comments:

EnY YuSniZaR said...

waaaaa sedapnyeeeeeeeeeeeeeee

Aku Ibu Muda said...

che mat...sama pulak sayur kita...hehe

saya masak sawi tu jugak sahur tadi...udang pun ada...tp buat goreng kunyit :)

JIJI YU said...

mood ade ke akder ke..sedap je manjang..

Firdnurjue said...

beshhhhhh suka bersup2 cam nie..aishhhhhhhhhh

Iffah Afeefah said...

jiji komen cm tau je sedap ke tak

air tgn onyang sedap sokmo

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.