TETAMU BERTANDANG LAGI.....TERIMA KASIH.

Oppss...salam, haha tak de entri masak2, malass dah nak masak, penat, jeling dapur pun rasa tak de mood...ni sejak kami balik dari ambik durian's, mat belum jejak kan kaki ke dapur. Kenapa lah sejak2 ni rasa hambar jeee..hmm..Sebelum mat tulis pasal tetamu yang datang tempoh hari, mat letak lah gambar anak buah ku yang paling cute dan manja..Hmm diam tak diam dah makin membesar, dengan raut wajah iras2 arwah abah dia, sekali sakala perasaan sedih menggamit juga diri ini...Ketentuan Ilahi, sudah ditakdirkan anak sekecil ini menjadi anak yatim, kita kena lah redha dan mat percaya apa yang berlaku mesti ada hikmahnya....Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Al-fatihah untuk abang ku "Hamdan Bin Ibrahim"....cerita ada di sini dan di sini....

P1290797
Ok berbalik pada tajuk asal, walaupun cerita kehadiran tetamu ni agak "basi", tapi mat nak juga tulis. Sabtu lepas 9 hb Julai 2011, mat menerima kunjungan tetamu dari geng masak2. Terima kasih Kak Anim atau nama samaran beliau di mukabuku ialah "Penyu Lawa". Hari tu kebetulan mat sedang kemas rumah, bila dapat sms, dari kak anim kata nak singgah rumah mat, dia dalam perjalanan ke Johor Baharu bersama rakan beliau. Kebetulan hari yang sama sepupu mat melangsungkan perkahwinan di Pontian (yang ni mat tak pi, sebab ramaiii sangat pergi, satu rumah..). Maka mat pun setuju lah..Dalam jam 12 lebih macam tu kalau tak silap, mereka berdua sampai, sesi suai kenal pun bermula, kan kak anim, haha, kita orang ni geng masak2 simple jee, kalau cerita je resipi, terus jadi satu kepala ngammm gitu.

Mat pun jamu lah mereka dengan masakan ala kadar, minta maaf lah pada akak berdua, sebab hidangan ala kadar saja, tak dann dah nak bancuh2 kek atau kueh. Tapi kan kak anim sendiri menjalankan perniagaan makanan ni semua, perasan fancy cookies atas tu, haa yang tu hasil dari air tangan beliau lah...ada sapa2 nak oder?...Cute lah, lagi2 yang hello kitty tu, siap ada bunga setoet tepi dia, untuk anak2 dara cilik nya besday memang sesuai sangat...kalau anda berminat, boleh kontek kak anim di no ini ---> 016-3190256 okehh, nanti pandai2 lah tanya gherga dia, yang kat atas tu kak anim prezen kan mat...terima kasih yea kak, mintak halal apa yang terkurang, ada umur jumpa lagi. Kak Anim ni kan, hubby dia artis okeh, rockers lagi, kumpulan MEDITASI....kalau orang lama mesti taunya kumpulan ni...Ok itu saja untuk malam ni, salam sayang dari DTS-MAT GEBU.


Post a Comment

7 Comments

  1. comelnya anak buah Che mat..
    mesti dapat sepenuh perhatian dari bapa sedara dia yg sorang ni kannn..

    Bestnye diorg... ramai dah yg bertadang ke sedenak..bila la pulak turn kak es nak ke sana ..

    ReplyDelete
  2. bila KH dpt menjejakkan kaki ke sdenak ni ye...hehe insyaAllah one day..=)

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah,...
    Masa cepat betul berlalu kan Mat....

    Lama gak aku tak singgah Sedenak ni ek..hahahahha :p

    ReplyDelete
  4. sangat suka resipi dekat blog ni terbaik!!
    pip ada buat segmen masak hari ahad..nak mintak izn empunya blog ni kalau pip amik resipi dekat blog ni and pip tinggalkan link blog ni bleh?
    thanx:)

    ReplyDelete
  5. @ cik pip - bolehh tak de masalahh..

    ReplyDelete
  6. selamat pagi ahad cik mat..
    al fatihah atas arwah..alhamdullilah, si comel membesar dgn sihat.. suka lihat wajah tenang

    comelnya hasil tangan kak anim..
    comel..

    ReplyDelete
  7. al fatihah utk arwah ye cik mat.. yg ada sentiasa disayangi dan yang dah pergi sentiasa diingati kan cik mat?
    semoga rohnya tenang di sana.. amin..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.