TELUR KUKUS SERI RAMPAI...

P1290710
Salam semua, dah makan tengah hari?..Hari ni mat masak simple2 saja, ada belen lauk semalam, dan dah panas, masih boleh makan lagi. Mat kan jenis tak kesah, asal lauk tu elok, tak rosak, boleh saja...Cuma sayur mat suka lah yang baru. Setakat ikan, ayam atau daging, lauk dingin beku pun ok. Mat sebenarnya dah lama nak cuba resipi mudah ni, mula2 nampak kak nor secubitgaram buat, di sini...Terima kasih kak Nor. Nampak sedap jee, dah lah senang pulak tu, kukus saja. Mat buat guna 3 biji telur (sama macam kak nor) saja sebab penduduk rumah tak ranmi. Psrtt cun tak bekas chenta tu?..Jauh tu datang dari Jepun. Kiriman sorang blogger masakkan ni nama "Hanisah Ogawa"....Thanks again Kak Hani.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 ulas bawang putih, dicincang (resipi asal tak letak)
1 biji tomato, buang biji dan dadu kecil
1 tangkai daun bawang, hiris halus
2 batang crab stick, hiris kecil
1 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Secubit gula
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser acuan pilihan dengan sedikit mentega. Satukan semua bahan2 di atas kecuali hirisan daun bawang untuk hiasan. Kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit.
  2. Keluarkan dari kukusan, biar suam dan hias dengan hirisan daun bawang, hidangkan bersama sos sebagai salah satu pelengkap hidangan anda..

Post a Comment

17 Comments

  1. masih ingat lagi masa che mat tayang love ramekin dr hani ni.. mmg cantik sungguh! :)

    mekasih che mat, sudi try resipi mudah dr chef arm tu.. sedap kan.. mudah pulak tu nak buat.. tak ada versi derhaka ke? hehe

    ReplyDelete
  2. sweet love... nampak sangat menyelerakan

    ReplyDelete
  3. rasa macam nk balik cuba...tp kukus lam loyang je la...hihi

    ReplyDelete
  4. alahaiiii...lapor ler pulak...lom mkan tghari lgi nie cik mat....huhuhu....

    ReplyDelete
  5. Waaaaaaaaaahhh....kumpul lemak telor pulak laaa pasni.....adeehhhh...

    ReplyDelete
  6. fuyoo... tergoda laa... nk rasa sikit boleh

    ReplyDelete
  7. betapa tensen nye di opis ni x leh view gambo makanan hanye leh tgok resepi je...haishh...

    ReplyDelete
  8. hidangan sihat ni CMG... kaya protein & vitamin.. yang penting takde minyak.. kan kan kannn...

    ReplyDelete
  9. wahhhh senang le..tak pernh plk makan telur kukus..telur bungkus ada ler...

    Kak Ummi tu takut sangat gumuk berlemak ler...hahahahahah
    kan ke ubat kurus cirit byk..beli makan je ler..hahahahaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. yelah...
    telur kukus..
    mmg resepi yang agak berbeza..
    lagilah cik mat boh dalam bekas hati

    menarik sungguh..

    sis lin, kak ummi... kak nor.. jom kita serang sedenak

    ReplyDelete
  11. bestnya...mesti lg sedap dr chawan mishu

    ReplyDelete
  12. bekas tu yang tak menahannya..

    ReplyDelete
  13. boleh tambah buat koleksi ni,nak nak dekat puasa dah ni

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/tips-menabung-3-akaun-keluarga-aka.html

    ReplyDelete
  14. best memang best. tapi bekas terutama tudungnya nampak lain macam, macam m****** t*****. jangan mare

    ReplyDelete
  15. Agak2 kalau makan bekfes ok ke?

    ReplyDelete
  16. salam cikmat.. tengok telur kukus tu.. sungguh menguda, nanti balik kite nak cubalah!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.