BEN ASHAARI

Thursday, July 21, 2011

SARAPAN PETANG DI DAPUR MAT GEBU..

P1300011
Petang semuaaa..jom sarapan petang, bonda mat kan selalu panggil minum petang dengan panggilan sarapan petang. Pstt...sebenarnya kan..kan..ini mat buat pagi tadi. Tapi tak sempat nak masukkan entri jam 10 pagi, tu yang letak petang. Letak tengah hari macam tak berapa nak sesuai pulak. Ini cuma idea secara spontan, konon ala2 pizza, tapi guna prata segera jenama KAWAN....sebut pasal "jenama" ni, kenapa mat selalu sebut?. Bukan apa, selain memudahkan, ianya juga mengelak mat nak menjawab pertanyaan "CM u guna jenama apa eks untuk prata tu", kadang ramai yang tanya, jadi jalan mudah mat sebut sekali jenama. Lagi pun, nanti kalau guna jenama lain dikhuatiri hasilnya tak sama..tu saja..tapi bagi mereka yang punya pengalaman mat pasti tak jadi masalah....Resipi ni sesuai untuk kanak2 juga.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti prata jenama "KAWAN"
1 cawan isi ayam*
1 ulas bawang putih, cincang halus*
Sedikit serbuk lada hitam*(*dimasak dalam kuali dengan sedikit minyak, kemudian sejukkan)
1/4 cawan red capsicum yang telah didadu
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 biji tomato, buang biji dan didadu
1/3 cawan parutan keju mozarella (boleh guna cheesdale sebagai ganti)
3 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan (mat guna yang saiz 8 inci), masak setiap keping roti prata tadi, tapi jangan sampai kekuningan, cukup kaler dia jadi perang2 sikit saja sudah pada kedua-dua permukaan, memadai, angkat dan ketepikan.
  2. Lenser sedikit minyak dalam pan yang sama. Letak sekeping prata sapu dengan sos tomato tadi rata. Taburkan daging ayam, tomato, red capsicum, bawang dan juga keju mozarella tadi.
  3. Tutup dengan sekeping lagi prata. Masak sekejap dengan api perlahan. Berhati2 terbalikkan prata tadi. Masak lagi untuk 1 - 2 minit, guna api kecil. Bila prata garing, boleh angkat dan alihkan ke atas papan pemotong.
  4. Kerat 6 bahagian dan hidangkan bersama salad jika suka. Hidangkan segera...

10 comments:

Sis-Lin said...

sedapnyaaaaa...ala2 omputih gitu!
mintak cikitttttttt!

Mat Gebu said...

@ sis linn - pesal lambat noo, habis dahh..

Kak Rose said...

la.... baru nak mintak. dah abes lak!

intan said...

wow, leh buat untuk brekfest esok nieh..

Iffah Afeefah said...

terbaik papa mg

penah gne pastry kawan

saranan papa jgak

Isteri Encek Bard said...

wahhhhh healty jer nampak CMG...... nak gak...

JIJI YU said...

aajaj brand kawan ek

Sunah Sakura said...

sarapan petang? ggrrrr... jom sarapan malam... hahaha~

ummiarissa said...

sarapan petang jugaklah...

CT Delima said...

As'slam Mat


Adoii.. lambat sangat lah kak ct datang ni mat, dari sarapan petang dah buat makan malam pulak..hihihi

Tak sempat nak terjah tadi, jap okey jap tak okey tenet kat umah ni tension tau mat.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.